YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT -Saya berasa amat dukacita apabila mengetahui tentang kes kebakaran yang melibatkan dua kanak-kanak berumur 7 dan 10 tahun di Kampung Simpang
Tiga, Gombak pada awal pagi tadi. Kedua kanak-kanak didapati terkunci di dalam rumah kediaman tersebut sehingga menyebabkan kematian.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini berpunca dari litar pintas. Kejadian kebakaran ini telah melibatkan 3 buah rumah dengan jumlah 8 orang mangsa.
KPWKM telah memberikan bantuan awal dalam bentuk sumbangan barangan keperluan bencana kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan sedang dalam
proses mengenal pasti bantuan bersesuaian untuk diberikan kepada mangsa- mangsa terlibat. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Balai Raya
Kampung Simpang 3, Gombak.
Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil
tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak- Kanak . Kes sedang disiasat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
2
Saya ingin menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa menjaga, mengawasi dan tidak mengabaikan anak-anak . Jiran tetangga serta komuniti setempat juga
perlu melaporkan kepada JKM sekiranya terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa pengawasan serta diabaikan.