Saya memandang serius berkenaan kes pembunuhan kanak-kanak Kurang Upaya (OKU) yang terjadi di Bau, Sarawak baru-baru ini dan dimaklumkan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkenaan kes ini.
Saya telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyantuni keluarga ini yang bersesuaian untuk
pemeliharaan dan pelindungan berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001.
Saya ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau
nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera.
YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
6 JANUARI 2023