SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PEMBUKA TIRAI 2023 TV-ALHIJRAH DGN PERLBAGAI PROGRAM MENARIK

PEMBUKA TIRAI 2023 TV-ALHIJRAH DGN PERLBAGAI PROGRAM MENARIK

SWA TV by SWA TV
January 12, 2023
in Info@swatv, Nasional, Senitv.com
Reading Time: 4 mins read
A A
0
365
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Satu acara sesi sembang santai bersama ceo Tv Al-Hijrah dengan rakan media telah belangsung pada 11 January 2023 bertempat di EDC HOTEL KUALA LUMPUR baru baru ini. Di dalam acara tersebut banyak pencerahkan program program baru yg di terbitakan oleh Tv -Alhijrah pada tahun 2023 ini. Antara program yag terbaru 2023 adalah
TV AlHijrah Sajikan Program Bernadakan Kalam Al-Quran

Rancangan

QURAN@114
Tadabbur, Tajwid, Taranum
Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadith ini, jelaslah akan peri pentingnya mendalami al-Quran, mempelajari isi kandungannya serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Oleh yang demikian, TV AlHijrah terpanggil untuk menerbitkan sebuah program baru iaitu QURAN@114.
QURAN@114 adalah rancangan berorienetasikan TADABBUR al-Quran dengan suntikan ilmu TAJWID dan TARANUM al-Quran.
OBJEKTIF
Melahirkan masyarakat yang mampu mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan mudah.
Meningkatkan penghayatan dan khusyuk dalam beribadah menerusi kefahaman terhadap intipati al-Quran.
Menjadikan intipati al-Quran sebagai agen perubahan postif dalam kehidupan insan.
Pemudah cara Tahsin al-Quran.
……………………………………………………………………………………………………….

PENTADABBUR

IM Hassan
Ustaz Dr. Shamsul Mohd Noor
Prof Sharifah Hayaati Syed Ismail
Ustazah Isfadiah Mohf Dusuki

QARI / QARIAH

Ustaz Husaini Mahmur
Ustaz Fahmi Asraf Razali
Ustazah Aisyah Baa’in
Ustazah Nur Ruzana Natiah Jaafar
BERMULA 1 JANUARI 2023
11 pagi

Isnin- Jumaat : Tadabbur
Sabtu : Tajwid
Ahad : Taranum/Tartil

Rancangan Realiti Televisyen

AKADEMI QURRA’
AKADEMI QURRA’ adalah Pertandingan Mengaji Realiti Televisyen yang bermatlamat melahirkan generasi Qurani yang menjadi pelapis kepada asatizah bidang al-Quran.
12 peserta akan mendalami ilmu al-Quran dalam tempoh 10 minggu yang penuh warnai warna, namun hanya seorang peserta yang benar-benar memahami intipati al-Quran akan diumumkan sebagai pemenang.
Syarat utama penyertaan : Peserta haruslah berusia 17 tahun ke atas, lelaki dan wanita yang tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan TV.
Kesemua 12 peserta ini akan menimba ilmu bersama para mentor telatih untuk mengasah keupayaan mereka dalam bidang tajwid dan taranum, terjemahan al-Quran, fasohah (kefasihan dalam sebutan) dan persembahan.
………………………………………………………………………………………………………………………………

Juri tetap : Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
Mentor : Ustazah Farhatul Fairuzah, Ustaz Ammar Mukhlis & Ustaz Furqan Fawwaz
Hos Pentas : Fakhrul UNIC

TRIVIA AKADEMI QURRA’

Akademi Qurra’ akan memulakan siaran pada 28 Jan 2023, setiap Sabtu, jam 9 malam,
12 peserta bersaing selama 10 minggu untuk bergelar juara. Penyingkiran akan diadakan pada setiap minggu.
3 Mentor akan menjadi tulang belakang yang membimbing kesemua peserta.
Tugasan utama: peserta akan menyampaikan bacaan surah dari juzuk akhir al-Quran (juz amma) dengan tajwid berserta tarannum secara murattal.

Tugasan sampingan: taranum challenge, soalan tajwid, terjemahan ayat.
Juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.00, trofi, sijil serta hadiah sampingan.
TRIVIA AKADEMI QURRA’
ujibakat diadakan secara atas talian. Kelas pengajian secara atas talian telah bermula sebulan sebelum rancangan bermula.
Senarai 12 peserta akan dikongsi dalam masa terdekat.

QAWIY
WUZ HERE
Terjah Al-Quran Sambil Travel
………………………………………………………………………….

Qawiy Wuz Here tampil berbeza dengan rancangan yang pernah diterbitkan di TV AlHijrah sebelum ini.
Pempengaruh yang semakin dikenali ramai, Qawiy akan membawa penonton melawati tempat-tempat pelancongan menarik di Selangor sambil mempelajari dan menghafal surah-surah pendek di dalam al-Quran.
Menariknya, konsep terjah al-Quran turut digunapakai setiap kali Qawiy bertemu dengan orang awam yang berani menyahut cabaran membaca surah-surat dari al-Quran.
Qawiy akan ‘menebuk’ mana-mana surah atau potongan ayat dari kitab suci lantas meminta mereka untuk menyambung bacaan tersebut.
Rancangan ini mahu membantu penonton untuk menjadikan percutian bersama yang tersayang menjadi percutian ilmiah, yang menitikberatkan keperluan nurani dan jasmani.
Program travelog santai ini turut membawa penonton mengeksplorasi makanan tempatan viral di di sekitar Selangor, antaranya di Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Istimewanya, rancangan ini akan memulakan siarannya pada 28 Januari 2023, setiap Sabtu, jam 6 petang, hanya di aplikasi AlHijrah Plus.
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat menjadi pemberi syafaat bagi orang-orang yang bersahabat dengannya.”
Hadith Riwayat Muslim

Qawiy Wuz Here bermatlamat menjadikan percutian penonton sebagai percutian ibadah.
………………………………………………………………………………….

Abdul Qawiy Abd Rashit
26 Tahun
Mendapat pendidikan formal al-Quran di Madrasah Nurul Ilmu Shah Alam seterusnya di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan

Bual Bicara Pagi

ASSALAMUALAIKUM
AN-NISA’
Inspirasi ketokohan Saidatina Khadjah R.A
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
TV AlHijrah memotivasikan pagi penonton dengan menyiarkan Assalamualaikum An-Nisa’, sebagai sarapan jiwa. Assalamualaikum An-Nisa’ adalah program berkonsepkan halaqah yang membicarakan isu-isu seputar kehidupan wanita.

Objektif utama penerbitan rancangan ini adalah untuk memberikan panduan dan pandangan peribadi kepada para penonton dalam menjadi mukminah solehah.

Rancangan ini juga menonjolkan ketokohan wanita muslimah dalam pengurusan kehidupan bermula dari keluarga, kerjaya & peranan mereka dalam masyarakat sehingga boleh dijadikan ikon dalam Islam.

Assalamualaikum An-Nisa’ disiarkan pada setiap hari, bermula jam 9-10 pagi dengan penampilan istimewa barisan figura hebat yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat.

Hos : Amie Sofea, Ustazah Muzayyanah, Hana Ismail, Farrah Adeeba, Dewita Susila, Farah Diana

KEMBARA MAHSYAR
Rancangan adaptasi dari novel Kembara Mahsyar
Bermula 3 Februari 2023, rancangan Kembara Mahsyar akan membawa penonton menelusuri sebuah perjalanan kerohanian dalam kehidupan manusia dengan 13 hentian yang penuh pancaroba.
Pelbagai rahsia akan dibongkar, keajaiban akan diperlihat dan kelebihan akan dikongsi bermula dari manusia diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan abadi.
Kembara Mahsyar memberi mesej yang jelas iaitu manusia diberi kebebasan untuk mencorakkan ragamnya sejak di dunia lagi supaya berada di dalam keadaan yang selamat ketika menghadapi pelbagai ragam di Padang Mahsyar kelak.
Rancangan ini adalah adaptasi novel karya Faris Zulkarnane yang telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama).
Penyampaian rancangan ini menitikberatkan penceritaan menarik dan berkesan. Disokong dengan lantunan bacaan al-Quran, monolog, zikir, munajat dan syair.
Objektif Penerbitan:

Melahirkan penonton yang bertaqwa dan sentiasa bersedia untuk menjalani kehidupan selepas kematian.

Pengacara Rancangan:Ustaz Zul Ramli

Topik Kupasan:
Perjanjian Yang Dilupakan
9 Bulan 10 Hari
Bila Izrail Datang Memanggil
Hari Kiamat Datang Memanggil
Kehidupan Semula
Jambatan Halus dan Tajam
Syurga Yang Dirindukan

Siaran
13 episod, 30 minit, setiap hari Jumaat

ShareTweetPin
Previous Post

KES PEMBUNUHAN KANAK-KANAK OKU DI BAU, SARAWAK

Next Post

YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR

Next Post
YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR

YEG PESTA SAMBUNG BELAJAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist