YEG Academy ditubuhkan dengan nama YEG Consultant sebelum syarikat Enterprise ini dinaik taraf kepada syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2019. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana
meritokrasi. Pada awal penubuhannya, pengasas utama YEG Academy, En Hassan Ithnin dan En AzizulHakim Suhaimi hanya memulakan kerjaya mereka sebagai penceramah motivasi dan program. Impiannya untuk membantu ramai golongan belia dalam mendapatkan pendidikan serta akses latihan kepada sesebuah kerjaya yang terjamin telah menyebabkan pelbagai usaha dilaksanakan dan akhirnya YEG Academy ditubuhkan.
Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran
tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.Transformasi dunia pada era kemodenan kini telah memberi pelbagai perubahan kepada corak pendidikan yang lebih relevan dan seterusnya memberi peluang kepada YEG Academy untuk memperkenalkan bidang-bidang yang mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi serta mengelakkan lebih banyak pengangguran dalam kalangan golongan muda.
Pada tahun 2021, dunia dan termasuk negara Malaysia telah dilanda penyakit berjangkit Covid-19. Hal ini menyebabkan sektor pendidikan menghadapi cabaran baru dalam memastikan pendidikan dapat diteruskan dengan sempurna. Dalam masa itu, YEG Academy telah membuat inisiatif secara besar-besaran melalui kempen YEG Educareer Pasca Covid-19 Bootcamp untuk memperkenalkan bidang-bidang sambung belajar yang mempunyai aspek-aspek yang diperlukan dengan perkembangan teknologi masa kini. Hasil daripada sambutan yang memberangsangkan oleh para pelajar, YEG Academy melancarkan sebuah kempen iaitu YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang pada tahun 2022. Kempen pada tahun lepas adalah sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya kerana tempoh masa
kempen ini adalah berterusan sepanjang tahun berbanding mengfokuskan pada tempoh
tertentu.
Pada penggal kedua tahun 2022, kajian mendapati lebih 70 peratus pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar. Hal ini merupakan perkara yang serius dan perlu dilakukan tindakan segera bagi mengelakkan permasalahan yang berlarutan. Kaji selidik ini juga mendapati para pelajar lebih berminat untuk terus menceburi bidang pekerjaan berdasarkan pelbagai faktor seperti keadaan ekonomi semasa. Hal ini seterusnya memaksa badan-badan pendidikan seperti YEG Academy untuk menawarkan bidang-bidang lain yang memenuhi keperluan semasa para lepasan SPM di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajar
teruskerja seperti kursus jangka masa pendek dengan waktu belajar fleksibel disamping kursus dengan peluang kerjaya yang tinggi di pasaran.
Pelancaran kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja adalah bertujuan untuk mempromosikan YEG Academy sebagai sebuah platform yang menawarkan pelbagai bidang sambung belajar buat pelajar-pelajar lepasan SPM. Kegusaran utama yang menyebabkan usaha ini diketengahkan di tahun 2023 adalah kerana statistik pada tahun sebelumnya mendapati 72% pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar. Hasil kajian mendapati kebanyakkan para lepasan SPM memilih untuk menceburi bidang pekerjaan gig ekonomi dan menjadi pempengaruh media sosial. Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa kewangan peribadi untuk membiayai pengajian mereka adalah sangat tidak memeberangsangkan dan beranggapan sambung belajar tidak dapat menjamin mereka
untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Keunikan pertama tentang bidang-bidang yang ditawarkan di sini adalah kesemua bidang ini mempunyai ekosistem pembelajaran terbaik dan lengkap. Hal ini kerana, bidang-bidang ini telah dipilih untuk diperkenalkan kepada golongan muda selepas ia dipastikan mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi. Selain itu, silibus-silibus yang dipertengahkan oleh setiap bidang ini adalah terkini dan selari dengan Dasar Ekonomi Digital. Lebih menarik lagi, penglibatan
pakar industri dalam setiap bidang yang ditawarkan oleh YEG Academy adalah suatu perbezaan yang mampu memberikan gambaran masa depan yang lebih dipercayai oleh anak muda
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) YEG Pesta Sambung Belajar
#belajarteruskerja
Diploma Pengurusan Haji dan Umrah yang berjalan di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja adalah bertujuan untuk mengetengahkan program diploma yang dikira agak baru di pasaran pendidikan semasa hari ini. Mahupun begitu, selaras dengan isu terkini di bidang pendidikan iaitu 72% pelajar lepasan SPM yang tidak berminat untuk sambung belajar kerana kebanyakan mereka tertarik untuk terus bekerja, YEG Academy (M) Sdn. Bhd.
mengetengahkan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kepada semua rakyat Malaysia. Sambungan daripada kempen YEG Pesta Sambung Belajar pada tahun 2022 dengan tanda pagar #jangansalahpilihbidang, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah merupakan bidang sambung belajar yang telah diinovasi untuk lebih relevan kepada para pelajar lepasan SPM.
Oleh kerana ramai anak muda yang lebih tertarik untuk terus menceburi bidang pekerjaan, diploma yang hanya memakan masa pendek selama dua tahun setengah ini mampu memberikan pengalaman dan kemahiran terbaik buat golongan lepasan SPM kekal relevan dalam industri kerjaya. Kegusaran para pelajar untuk mendapatkan pekerjaan setelah selesai pengajian juga dapat ditangani kerana keadaan semasa industri haji dan umrah bakal berkembang dan memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir untuk membantu para jemaah yang dijangka akan meningkat. Lebih menarik lagi apabila usaha ini juga mendapat sokongan oleh pakar-pakar industri seperti syarikat-syarikat pelancongan islamik, Andalusia Travel and Tours dan Simply Umrah.
Diploma dalam Industri Penerbangan YEG Pesta Sambung Belajar
#belajarteruskerja
Pelancaran majlis untuk program-program diploma dalam industri penerbangan mempunyai matlamat yang selari dengan kempen pendidikan besar-besaran pada tahun ini, YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja. Di samping isu 72% pelajar yang tidak mahu sambung belajar atas pelbagai faktor yang telah diketengahkan oleh kempen YEG Pesta Sambung Belajar, YEG Academy (M) Sdn. Bhd. mencadangkan program-program diploma dalam industri penerbangan untuk menjadi pilihan bidang sambung belajar buat para pelajar lepasan SPM di Malaysia.Sehubungan dengan itu, bagi memastikan para pelajar mendapat latihan dan pendedahan
terbaik untuk bidang ini, YEG Academy telah berkolaborasi dengan Pusat Latihan Teknikal MEATECH sejak 2018. Program-program diploma yang ditawarkan untuk memberi pilihan kepada para pelajar lepasan SPM seperti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Diploma Pengurusan Operasi Penerbangan, Diploma Pengurusan Penerbangan Kargo, Pra Diploma Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Sijil Kemahiran Operasi Penyelenggaraan Pesawat. Lebih menarik lagi, tenaga-tenaga pengajar di MEATECH adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman puluhan tahun dalam industri penerbangan.
Kempen pada tahun ini merupakan sambungan daripada usaha pencapaian Yeg Pesta Sambung Belajar pada tahun 2022 yang telah mengadakan pelancaran bidang-bidang diploma di bawah Aviation Career Malaysia dengan tanda pagar jangansalahpilihbidang yang bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru. Selain itu, Aviation Career Malaysia juga telah mengadakan program pendidikan untuk Anak Negeri Sembilan yang bertujuan untuk membantu anak-anak kelahiran Negeri Sembilan mendapatkan tempat belajar yang akan membuka laluan kerjaya terbaik buat mereka.
Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Malaysia YEG Pesta Sambung Belajar
#belajarteruskerja
Diploma Penguatkuasa Undang-Undang merupakan salah satu bidang diploma yang baru di wujudkan di bawah YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja di tahun 2023. Bidang ini merupakan bidang yang sangat istimewa kerana objektif utama penubuhannya adalah untuk
melahirkan pegawai-pegawai penguatkuasa di Malaysia yang profesional dan berintegriti demi menjaga kesejahteraan rakyat. Ia merupakan program pertama yang menggabungkan pelbagai tenaga pengajar daripada pelbagai badan penguatkuasa seperti pegawai kastam, peguam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di industri masing-masing. Selain itu, para graduan daripada diploma ini dikhususkan untuk dipimpin dalam membina kerjaya sama ada untuk kerjaya yang melibatkan badan berkanun atau tidak berkanun. Tempoh pembelajaran program diploma ini adalah selama 2 tahun 3 bulan dan kemudiannya disertai
dengan 3 bulan latihan industri dengan pengkhususan pilihan para pelajar untuk terlibat dengan kerjaya yang lebih terbuka dan pelbagai seperti pegawai kastam, pegawai imegresen, pegawai majlis daerah dan pembandaran atau polis bantuan. Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai bidang ini adalah lebih terbuka dan longgar dari segi akademik seperti mendapat 3 kepujian, kredit bahasa Melayu, lulus subjek Sejarah dan 2 kredit bagi mana-mana subjek SPM. Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan secara praktikal lebih ditekankan untuk program diploma ini sejurus memberi penekanan bahawa pengalaman dan
kemahiran lebih dititik beratkan untuk melahirkan penguatkuasa yang profesional.
Diploma Perhotelan (Belajar di Malaysia, Latihan Industri di Dubai dan Qatar) YEG
Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja
Diploma Pengurusan Hotel – Latihan Bergaji Penuh merupakan program pertama di Malaysia yang menawarkan program belajar di Malaysia dan praktikal di hotel 5 bintang di Dubai dan Qatar. Melihat kepada keadaan semasa dimana ramai anak muda masa kini lebih gemar belajar kemahiran berbanding teori, YEG Academy dan Innovative International Collage telah bekerjasama dalam merealisasikan program yang hebat ini. Program ini merupakan salah satu
daripada program yang berjalan di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja. Program ini bukanlah program baru dibawah YEG Academy. Bezanya, pelajar sebelum ini hanya berpeluang menjalani praktikal di hotel 5 bintang di dalam Malaysia sahaja. Akan tetapi, bermula pada tahun 2023 ini, pihak kolej akanmula menghantar pelajar menjalani praktikal di hotel 5 bintang di Dubai dan Qatar. Pelajar yang menyertai program ini hanya perlu menjalani
proses pembelajaran di Malaysia selama 12 bulan dan kemudian akan di hantar untuk sesi praktikal di hotel 5 bintang di Dubai dan Qatar selama 18 bulan sebelum menamatkan pengajian. Menariknya lagi, pelajar yang menjalani praktikal akan dibayar gaji penuh dan diberikan penginapan serta makanan percuma sepanjang sesi bekerja. Selain daripada itu, visa dan tiket penerbangan juga akan diberikan secara percuma kepada pelajar. Jadi, ibubapa dan pelajar
tidak perlu risau dalam menyediakan kewangan yang banyak untuk mengejar sebuah cita-cita.