PUTRAJAYA: Harga mingguan petroleum bagi tempoh 3 Februari hingga 9 Februari tidak berubah.
Harga runcit bagi produk petroleum ditetapkan secara mingguan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
Melalui formula tersebut, harga runcit bagi petrol RON97 dikekalkan pada kadar RM3.12 seliter.
Bagi RON95 pula, harga dikekalkan pada kadar RM2.05 untuk seliter manakala harga runcit diesel turut dikekalkan pada kadar RM2.15 seliter.
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95 pada para harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi diesel.
Inisiatif ini dijalankan bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global.
Kadar harga siling bagi petrol RON95 dan diesel dikekalkan pada harga tersebut meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk adalah melebihi harga siling yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang sewajarnya agar kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga.