SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ISU KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN NANO MIST SPRAY SEBAGAI ALAT DISINFEKSI

ISU KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN NANO MIST SPRAY SEBAGAI ALAT DISINFEKSI

SWA TV by SWA TV
October 9, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
95
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat isu yang
dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist
spray sebagai alat disinfeksi.

Nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus
bersaiz nano. Alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik,
wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada
spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan. Alat ini terdapat dalam
pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray
gun, handheld spray sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

Mutakhir ini, nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan
sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai
beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara
(airborne) dan juga di permukaan. Walau bagaimanapun, keberkesanan
penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan
alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan,
jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa
pendedahan.

Secara umumnya pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti
larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%, hydrogen peroxide, thymol,
quarternary ammonia, dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi
membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan. Senarai larutan disinfeksi yang

berkesan untuk SARS-CoV-2 boleh diperolehi di laman sesawang US

Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-list-
n-disinfectants-coronavirus-covid-19-0 yang menjadi rujukan seluruh dunia.

Ingin dijelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan ini adalah bertujuan untuk
nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara
langsung ke atas manusia. Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi
ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan
juga sistem pencernaan.

KKM ingin menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak
menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

Untuk makluman, pada masa ini pihak KKM melalui Bahagian Regulatori
Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran
disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui
https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/Revi
sion_1_Guideline_for_Registration_of_Surface_Disinfectant.pdf.
Garispanduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan.

Selain daripada itu, laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk

mencegah penularan COVID-19 boleh dicapai melalui https://covid-
19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/mahtas-covid-19-rapid-evidence-update

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

ShareTweetPin
Previous Post

Selebriti Instagram berbogel, lakukan ‘aksi tidak senonoh’ secara langsung ditahan

Next Post

BAJET 2022 & RMK12 PELUANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN RADIKAL

Next Post
BAJET 2022 & RMK12 PELUANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN RADIKAL

BAJET 2022 & RMK12 PELUANG TERBAIK UNTUK PERUBAHAN RADIKAL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist