SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

ISU LOMPAT PARTI

Ahli Parlimen BN langgar arahan, hilang kerusi – ahli MKT Datuk Seri Azalina.

SWA TV by SWA TV
November 23, 2022
in Info@swatv, Nasional, Politik
Reading Time: 2 mins read
A A
0
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa mereka yang berhenti menjadi ahli parti BN ,sekiranya melanggar arahan parti,sekaligus mereka akan kehilangan kerusi di Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dalam proses memperkenalkan Undang-Undang Larangan Lompat Parti, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan telah dipinda untuk menyekat kebebasan berpersatuan bagi ahli Parlimen yang tertakluk kepada Undang-undang Larangan Lompat Parti.

Katanya, kesannya seorang ahli Parlimen terikat dengan arahan parti dan bukan lagi ‘ejen bebas’.

Malah Undang-undang Larangan Lompat Parti secara tersirat membenarkan parti politik untuk berhijrah secara en bloc dari satu gabungan ke gabungan parti politik yang lain.

Bagaimanapun, satu perkara yang perlu diingat ialah Undang-undang Larangan Lompat Parti dalam mentakrifkan parti politik, tidak membezakan antara gabungan politik dan parti politik komponen.

“Kesanya adalah jika gabungan politik sedia ada bertanding di bawah satu logo dan membentangkan satu manifesto pada PRU15, dan lebih penting lagi, jika calon-calon ini mendapat watikah mereka untuk bertanding PRU15 secara langsung daripada ketua gabungan parti politik masing-masing, gabungan ini adalah sebuah parti politik di bawah Undang-Undang Larangan Lompat Parti.

“Oleh itu, mana-mana parti komponen yang ingin meninggalkan gabungan parti politik sedia ada seperti yang dinyatakan di atas perlu mengosongkan kerusi mereka kerana mereka telah berpaling tadah daripada parti politik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, sebentar tadi.

Justeru, katanya, semua parti politik dan gabungan parti politik yang telah memperoleh kerusi Parlimen, perlu cuba berunding untuk membentuk kerajaan gabungan pasca-pilihan raya.

Malah, jelasnya lagi, Yang di-Pertuan Agong juga telah menitahkan supaya semua ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik berusaha membentuk kerajaan pasca Pilihanraya dan mengenal pasti calon Perdana Menteri.

Menurutnya, kerajaan pasca pilihanraya boleh terjadi apabila ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik dan gabungan parti politik selepas berunding perlu berkumpul secara en bloc dengan parti politik atau gabungan parti politik lain untuk secara kolektif menyokong pembentukan KG-PPR dan mengenal pasti calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka.

“Terdapat dua peringkat. peringkat pertama, Undang-Undang Larangan Lompat Parti yang digubal pada awal tahun ini melalui pindaan perlembagaan dengan memasukkan Perkara 49A dalam Perlembagaan Persekutuan akan memastikan kepatuhan disiplin semua Ahli Parlimen.

“Di bawah Undang-Undang Larangan Lompat Parti, seorang ahli Parlimen daripada parti politik perlu mengosongkan kerusinya jika beliau meletak jawatan sebagai ahli parti politik, atau berhenti menjadi ahli parti politik itu. Di sini, mekanisme pemberhentian keahlian sesebuah parti politik akan memastikan kepatuhan disiplin. Tetapi, bagaimanakah ia dapat dicapai?

“Peringkat kedua, parti politik boleh dan telah pun menetapkan pelbagai cara untuk memastikan ahli Parlimen mematuhi arahan parti politik, sama ada melalui pindaan perlembagaan parti atau melalui satu set perjanjian, untuk memastikan ahli Parlimen mengikut keputusan parti dalam isu-isu asas yang juga merangkumi isu pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri”.

Juteru tambah beliau mana-mana ahli Parlimen yang enggan mematuhi keputusan parti akan digugurkan, iaitu ‘ceases to be a member’ keahlian partinya dan perlu mengosongkan kerusi mereka di Parlimen.

Ia akan bertindak sebagai penghalang kepada ahli Parlimen daripada mengingkari arahan parti, sekali gus memastikan kepatuhan disiplin parti.

TERIMA KASIH

ShareTweetPin
Previous Post

Pemimpin BN, GPS selesai bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong hari ini

Next Post

PADA Mesyuarat BN tegang MCA gesa Zahid berundur serta isu surat sokong Anwar

Next Post
PADA Mesyuarat BN tegang MCA gesa Zahid berundur serta isu surat sokong Anwar

PADA Mesyuarat BN tegang MCA gesa Zahid berundur serta isu surat sokong Anwar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist