KUALA LUMPUR 23hb Nov 2022
Acara menghadap antara beberapa pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selesai setakat tengah hari ini.
Di dalam pertemuan tersebut ia membabitkan tiga pimpinan Barisan Nasional (BN) dan empat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Yang mana BN diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.