KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu esok berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang.
Mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara pagi esok, kata sumber.
Difahamkan, baginda akan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu untuk merungkai kebuntuan yang berlarutan sejak selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 Sabtu lalu menyaksikan tiada parti politik yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.