Mulai Khamis (25 November 2021), Tabung Haji Travel Sdn. Bhd menyatakan Jemaah Umrah sudah dibenarkan untuk melaksanakan Tawaf Sunat dan Tawaf Wada’ iaitu Tawaf terakhir sebelum berangkat meninggalkan kota Makkah.
Walau bagaimanapun, Jemaah Umrah perlulah membuat permohonan permit Tawaf Sunat dan Tawaf Wada’ terlebih dahulu melalui aplikasi ‘Eatmarna’.
Hal ini mendatangkan kegembiraan kepada Jemaah Umrah yang sebelum ini hanya dibenarkan untuk melaksanakan tawaf Umrah sahaja.
Antara dalaman aplikasi Eatmarna untuk memohon permit