SELANGOR 11HB FEB 2023-PGDM adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan pada 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan objektif “KE ARAH MASYARAKAT CELIK DIGITAL DAN PENGEMBANGAN DIGITAL EKONOMI SEDUNIA” disamping tidak melupakan untuk berusaha menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.
Terdahulu beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia juga di Indonesia.
Dijangka di dalam waktu yang terdekat kehadapan nya PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran event di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa.
Untuk itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman rakan-rakan strategik dengan:
1.KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU) www.kopitu.co.id
2.GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTA www.gpeidpjateng.co.id
3.UNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA) https://en.unwpa.org>malaysia
4.SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA) www.swatv.my
5.PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA https://www.facebook.com/aura.manjung?mibextid=LQQJ4d
Terkini PGDM mahu mengadakan acara “PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” berbentuk Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam business.
Di samping itu dalam waktu yang sama bagi anugerah tahun 2022, PGDM bercadang ingin memberi pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.
Sehubungan itu PGDM telah membuat ketetapan untuk acara ini seperti berikut:
Tarikh : 18 hb March 2023 / 25 Sya’ban 1444
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam sehingga 11.30 malam
Lokasi : Dewan Banquet Utama, Hotel Tenera, Persiaran Kemajuan, Seksyen 1
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor D.E
Program ini dijangka akan dihadiri oleh 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu kehormat di kalangan Duta-Duta asing ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.
Terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM. Tetamu kehormat yang akan hadir merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sebahagian dari anugerah tersebut akan di umumkan pada hujung bulan Februari 2023 setelah mendapat surat persetujuan rasmi dari Menteri berkenaan yang telah dijemput oleh PGDM.
Tertakluk kepada perubahan penilaian dan pemilihan anugerah, kategori anugerah adalah dari kategori seperti di bawah:
Popular Digital Awards for Service for QSR Outlets
Popular Digital Awards for Service for Food Serving Restaurant
Popular Digital Awards for Telecommunication Company
Popular Digital Awards for Petroleum Service Based Company
Popular Digital Awards for Popular Food Delivery Service Company
Popular Digital awards for Product Delivery Service Company
Popular Digital Awards for Innovative Product Network Marketing Company
Popular Digital Awards for Women Empowerment Company
Popular Digital Awards for Application Usage Company
Popular Digital Awards for Transportation Service Company
Popular Digital Awards for Corporate Wellness Company
Popular Digital Awards for Excellence Leadership Development Company
Popular Digital Awards for Young Entrepreneur for Talent Of The Year
Popular Digital Awards for Excellence in Radio Television Broadcast
Popular Digital Awards for Achievements in TV Programs
Popular Digital Awards for Beauty Product
Popular Digital Awards for Health and Supplement Products
Popular Digital Awards for Food Based Products
Popular Digital Awards for Soft Drinks Based Products
Popular Digital Awards for Computer Related Products
Popular Digital Awards for Electrical Goods Product
Popular Digital Awards for Drinking Water Product
Popular Digital Awards for Hotels and Accomodation
Popular Digital Awards for Recreation and Clubs
Popular Digital Awards for Women Clothing and Fashion
Popular Digital Awards for Construction Industries
Popular Digital Awards for Insurance Industries
Popular Digital Awards for Inbound and Outbound Tourism Industries
Popular Digital Awards for Auto Motor Vehicle Company
PGDM berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis “PGDM Annual Digital Award” dan berharap akan mendapat sambutan sebagai satu acara Tahunan yang popular di dalam dan luar negara.