SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KL WELLNESS CITY LANCAR KEMPEN “KEMBALI KE NOSTALGIA” RAYA DENGAN EKSTRAVAGANZA WARISAN DAN BUDAYA

KL WELLNESS CITY LANCAR KEMPEN “KEMBALI KE NOSTALGIA” RAYA DENGAN EKSTRAVAGANZA WARISAN DAN BUDAYA

SWA TV by SWA TV
March 20, 2024
in Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 4 mins read
A A
0
149
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur, baru baru in pada14 Mac 2024 – KL Wellness City (KLWC) hari ini melancarkan ekstravaganza Raya “Kembali Ke Nostalgia”, yang berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2024 – bertujuan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia pengalaman yang memaparkan kepelbagaian budaya, hidangan kulinari dan hiburan menarik bersempena dengan sambutan Raya. Kesemua ini dianjurkan di Galeri Pameran KL Wellness City di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, Pengarah Penjenamaan, Jualan & Pemasaran KL Wellness City semasa mengulas tentang kempen Raya “Kembali Ke Nostalgia” berkata, “Kami berasa besar hati melihat individu dari pelbagai lapisan masyarakat berkumpul untuk menyambut perayaan Hari Raya – sesungguhnya menjiwai dan memperlihatkan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Kempen Raya “Kembali Ke Nostalgia” bertujuan untuk menghargai keindahan kepelbagaian budaya, keutuhan perpaduan dan kemeriahan perayaan kita. Di KL Wellness City, kami ingin membina sebuah komuniti yang tertumpu pada kehidupan lebih sejahtera dan menjaga satu sama lain— tempat di mana kesihatan bukan sahaja menjadi matlamat; tetapi merupakan cara hidup.” 

Inisiatif ini sejajar dengan misi KL Wellness City untuk yang memupuk perpaduan, kesejahteraan dan membina masyarakat yang serba maju. “Berpandukan janji kami untuk mentakrifkan semula, mengukuhkan dan meluaskan pengalaman kesihatan dan kualiti kehidupan, kempen ini yang bermula pada bulan Ramadan yang penuh bermakna menyerlahkan usaha kami untuk melibatkan dan memajukan masyarakat. Kemuncak kempen akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik yang diadakan sempena sambutan Hari Raya,” kata Dato’ Sri Dr. Vincent. 

Sebagai peneraju kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City ialah bandar kesejahteraan dan kesihatan yang pertama di Asia Tenggara untuk memupuk amalan gaya hidup yang disepadukan sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan – menjadikannya sebuah wadah untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Dengan pelbagai entiti yang terdapat di bandar ini – termasuk kedai runcit dan suite perubatan. Setiap kemudahan dan prasarana dirancang dengan teliti untuk mencapai prestasi yang cemerlang, sama ada secara individu mahupun secara kolektif sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu masyarakat yang meliputi aspek penjagaan perubatan, penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan. 

Pelancaran sambutan Raya KL Wellness City menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan secara langsung oleh kumpulan busker 3PCS untuk memeriahkan suasana perayaan, pilihan istimewa hidangan Hari Raya yang menambat selera dan penuh cita rasa, dan sebuah Stesen Siaran Langsung Hari Raya yang menjanjikan sesi interaktif, persembahan budaya dan aktiviti menarik yang mencerminkan kemeriahan Hari Raya. 

Satu daya tarikan yang mesti dikunjungi ialah “Rumah Panggung” yang boleh dijadikan latar belakang ideal untuk berkongsi keriangan dan kemanisan detik-detik sambutan Raya di media sosial. “Rumah Panggung” menjadi simbol identiti budaya dalam bentuk rumah kayu Melayu – memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan motif tradisional berwarna-warni yang melambangkan kekayaan warisan masyarakat Melayu. 

Sempena kempen “Kembali Ke Nostalgia” dan bulan Ramadan yang mulia, KL Wellness City akan menyumbangkan RM8,000 kepada rumah-rumah anak yatim – Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Nurhati, Rumah Kanak-kanak Angels KL dan Rumah Charis. Inisiatif bantuan kemasyarakatan ini membuktikan kesungguhan KL Wellness City membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mencerminkan komitmen untuk menabur bakti kepada masyarakat. 

Orang ramai dijemput untuk menyertai Cabutan Bertuah Duit Raya KL Wellness City, yang menawarkan hadiah tunai antara RM1,000 hingga RM3,000. Di samping itu, dari 14 Mac hingga 30 April, hadiah percuma istimewa akan diberikan kepada para pengunjung, untuk membawakan keceriaan serta berkongsi rezeki dengan masyarakat. 

Walaupun “Kembali Ke Nostalgia” akan diadakan selama sebulan, pastikan anda menandakan tanggal 18 April dalam kalendar anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Istimewa KL Wellness City, yang menjanjikan pelbagai aktiviti perayaan yang menarik, makanan dan hiburan buat individu, keluarga dan rakan-rakan – yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://klwellnesscity.com 

*****Mengenai KL Wellness City

KL Wellness City Sdn Bhd ialah pemaju perumahan induk bagi bandar ini. Sebagai peneraju kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City adalah bandar pertama di Asia Tenggara yang memupuk amalan gaya hidup yang disepadukan sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan. Dengan mempelopori ekosistem komprehensif meliputi penjagaan kesihatan dan kehidupan sejahtera, konsep KL Wellness City adalah berasaskan hasratnya untuk mentakrifkan semula, mengukuhkan dan meluaskan pengalaman kesihatan dan kualiti kehidupan. Berkongsi wawasan untuk membina sebuah hab kesejahteraan 360-darjah, kemudahan KL Wellness City meliputi Hospital Pakar Antarabangsa, Suite Perubatan, makmal inovasi, kemudahan R&D klinikal, menara pejabat syarikat penjagaan kesihatan, resort persaraan, Hab Penjagaan Kesihatan, pangsapuri perkhidmatan bertumpukan kesejahteraan, taman Central Park, dan banyak lagi. Sebagai titik tumpuan penjagaan kesihatan, unsur-unsur penting tersebut secara bersama menjadikan KL Wellness City wadah untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. Setiap komponen bandar ini dirancang dengan teliti supaya berfungsi cemerlang secara berasingan dan sebagai sebahagian daripada ekosistem bersepadu bagi masyarakat yang meliputi aspek penjagaan perubatan, penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://klwellnesscity.com/

ShareTweetPin
Previous Post

Tourism Industry Award 2024

Next Post

99 Speed Mart Sdn. Bhd MELAKUKAN CSR BERSAMA KPWKM MELALUI JKM

Next Post

99 Speed Mart Sdn. Bhd MELAKUKAN CSR BERSAMA KPWKM MELALUI JKM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist