BANGI: Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man selamat menyempurnakan Majlis Perasmian Denai Sungai Langat di Bandar Baru Bangi, Selangor awal pagi Selasa (30 November 2021).
Menurut beliau, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) turut mensasarkan pembinaan 10,000 kilometer denai sungai seluruh negara menjelang tahun 2030.
Dalam pada itu, Projek Denai Sungai Langat ini mendapat sokongan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), badan korporat seperti UMW Corporation Sdn. Bhd. Dan juga Pengurusan Air Selangor.
Sementara itu, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain juga mengambil kesempatan dengan menanam benih pokok di sepanjang Denai Sungai Langat.
Hadir bersama pada Majlis Perasmian iaitu YB. Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air; YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA); YBrs. Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) KASA; YBhg. Dato’ Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengarian dan Saliran (JPS) Malaysia.
SUMBER FOTO: LAMAN TWITTER RASMI TUAN IBRAHIM TUAN MAN