KUALA LUMPUR – Tiada lagi kes varian baharu COVID-19 yang dinamakan varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia , melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan setakat ini .
Meskipun begitu , Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba , berkata sehingga semalam , sebanyak 3,885 sampel yang diambil telah dikenal pasti sebagai varian berjenis Delta , yang juga merupakan salah satu varian COVID-19 yang bahaya .
Varian Omicron merupakan varian yang baharu yang dikesan dan sedang aktif merebak di beberapa negara Eropah dan Australia , sehingga mengakibatkan banyak negara menyekat perjalanan keluar-masuk negara .
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan warga emas dan individu dengan komorbiditi supaya tidak membuat perjalanan keluar-masuk ke luar negara , dan mengelakkan daripada berada di kawasan yang sesak , hari ini .
Tindakan ini diambil bagi melindungi golongan berkenaan yang mudah dijangkiti virus tersebut , terutama dengan varian Omicron yang dipercayai berasal dikesan di Afrika Selatan .
Kes COVID-19 di negara ini bagi hari ini telah melepasi angka 5,000 , dengan 5,439 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi .