Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis
kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya
bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran
yang dikenakan. Pengurangan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan
golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.Potongan sebanyak 30 peratus ini diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan
hampir 8,500 unit kediaman.
Pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari
2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.