SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

SKIN DESSERT MULA TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP SIRIM ISU TULAR MENERUSI SOSIAL MEDIA

SKIN DESSERT MULA TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP SIRIM

SWA TV by SWA TV
December 22, 2022
in Nasional, Usahawan & Shopping
Reading Time: 3 mins read
A A
0
220
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur, 21 Disember 2022: Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini. Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert
En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM. Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’. Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut: “SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.

Komen yang dibuat SIRIM menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. Malah komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan
menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
Pengujian Produk Oleh SIRIM SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian
ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM. Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’. SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert
Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NONIRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.Skin Dessert ketika ini masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM
berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022 Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan
komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum.

Kenyataan dibuat SIRIM telah menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.
Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai.
Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran Untuk makluman juga, produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’
iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

Pelan Penstrukturan Semula

Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’. Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains
Malaysia. Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun. Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum.Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini
dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung
dengan Cik Hanis di +6016-3059794 atau e-mel
rumimediacomm@gmail.com

ShareTweetPin
Previous Post

ILHAM 2022 CONCERT

Next Post

PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN BAGI KEDIAMAN BERHARGA DI BAWAH RM300 RIBU DI PUTRAJAYA BERMULA TAHUN 202

Next Post
PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN BAGI KEDIAMAN BERHARGA DI BAWAH RM300 RIBU DI PUTRAJAYA BERMULA TAHUN 202

PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN BAGI KEDIAMAN BERHARGA DI BAWAH RM300 RIBU DI PUTRAJAYA BERMULA TAHUN 202

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist