SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2020 dan Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif

SME CORP. MALAYSIA BANGUNKAN KOMUNITI B40 MENERUSI PERNIAGAAN INKLUSIF

SWA TV by SWA TV
August 4, 2022
in Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
131
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2022 – SME Corp. Malaysia, salah sebuah agensi di bawah  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), akan melaksanakan projek rintis bagi pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI). Bagi tujuan ini, SME Corp. Malaysia telah melantik empat Syarikat Prinsipal Inclusive Business (IB) yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam dan PMKS.

 

Kick-Off bagi projek rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif  (IB-VCDI) ini telah diadakan bersempena Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah yang telah disempurnakan oleh Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di SME Corp. Malaysia, Kuala Lumpur.  Objektif Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 adalah untuk memberi inspirasi kepada komuniti inklusif secara amnya terutama yang terkesan akibat COVID-19 untuk bangkit semula dan membina kembali perniagaan.

 

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dato’ Suriani, beliau menyatakan, “Usaha SME Corp. Malaysia bagi mempromosikan model Perniagaan Inklusif (IB) dalam mengintegrasikan perusahaan mikro dan komuniti inklusif dalam rantaian nilai atau rantaian bekalan syarikat bersaiz besar atau PKS ini hanya dapat dilaksanakan kerana adanya Syarikat Prinsipal IB yang begitu komited dan pada masa yang sama juga berpengaruh dalam sektor perniagaan masing-masing.”

 

“Secara kolektif, sejumlah 101 orang penerima manfaat dalam kalangan usahawan mikro dan komuniti inklusif disasarkan untuk dibantu menerusi pembiayaan geran bernilai RM450,000 oleh SME Corp. Malaysia untuk diintegrasikan ke dalam rantaian nilai keempat-empat Syarikat Prinsipal IB ini.” ujar beliau lagi.

Syarikat Prinsipal IB yang dilantik adalah

Farm Fresh Berhad,

Serai Malaya Sdn. Bhd.,

Pepper Labs Sdn. Bhd. dan Mostwell Sdn. Bhd.

Menurut Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, projek rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) sedang dalam proses pelaksanaan bermula pada Jun 2022 dan dijangka selesai dilaksanakan pada November 2022. Projek rintis ini bertujuan untuk membangunkan perusahaan mikro serta komuniti inklusif berpotensi termasuk B40, wanita, belia, OKU, Orang Asli dan sebagainya bagi menjana pendapatan secara diintegrasikan dalam rantaian nilai atau rantaian bekalan.

 

Tambah Encik Rizal, kerjasama dengan keempat-empat Syarikat Prinsipal dengan menyediakan pembiayaan geran kepada para peserta yang terpilih di bawah setiap projek untuk dibantu dari aspek latihan, sokongan teknikal atau modal kerja bagi memulakan perniagaan. Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Perbadanan SME Corp. Malaysia, Dato’ Hjh. Faridah Binti Ab. Jabbar dan Dato’ Hjh. Habibah Binti Mohd Yusof serta Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, En. Rizal Bin Nainy.

 

YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).melawat salah satu  booth  daripada 4 usahawan  yang terpilih.

 

Selanjutnya sila tonton temuramah swatv bersama Ceo Sme corp .

 

 

 

Source: AZMI JAFFRI
ShareTweetPin
Previous Post

“Kolaborasi dua negara menjayakan rakaman ‘Meski’ di waktu pandemik”.

Next Post

MENTERI MOTAC WAKILI MALAYSIA DALAM MESYUARAT PERINGKAT MENTERI PELANCONGAN APEC KE-11

Next Post
MENTERI MOTAC WAKILI MALAYSIA DALAM MESYUARAT PERINGKAT  MENTERI PELANCONGAN APEC KE-11

MENTERI MOTAC WAKILI MALAYSIA DALAM MESYUARAT PERINGKAT MENTERI PELANCONGAN APEC KE-11

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist