SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MENTERI MOTAC WAKILI MALAYSIA DALAM MESYUARAT PERINGKAT MENTERI PELANCONGAN APEC KE-11

(THE 11th APEC TOURISM MINISTERIAL MEETING) BANGKOK, THAILAND

SWA TV by SWA TV
August 19, 2022
in Info@swatv, LUAR NEGARA, Nasional, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

19 Ogos 2022 – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bagi Pelancongan atau the 11th APEC Tourism Ministerial Meeting (TMM11) yang diadakan di Bangkok, Thailand. Mesyuarat yang pertama kali diadakan selepas tahun 2018 itu akan menjadi sebahagian daripada agenda dalam merangka dasar pelancongan di rantau APEC. Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy, Malaysia menduduki tempat ke-2 dalam The
Economist’s 2022 Travel-Ready Index for Asia setelah diiktiraf sebagai salah sebuah negara tertinggi di dunia yang mencatat kadar tertinggi dalam pemvaksinan. Malah,dalam masa beberapa bulan sahaja selepas pembukaan semula sempadan negara,Malaysia merekodkan jumlah lebih daripada 1 juta ketibaan pelancong luar negara.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia menetap semula sasaran baharu ketibaan pelancong asing kepada 4.5 juta tahun ini, dan ia akan dikaji semula setiap tiga (3) bulan dengan mengambil kira perkembangan semasa terutamanya apabila lebih banyak negara mula melonggarkan sekatan perjalanan keluar sempadan negara mereka.Tambah beliau, Malaysia menjangkakan bahawa fasa pemulihan pelancongan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun lagi untuk pulih. Pada masa yang sama, Malaysia mengakui bahawa sokongan secara bersasar adalah amatdiperlukan bagi memastikan kelangsungan dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan komuniti yang berkaitan industri pelancongan dapat dipulihkan segera. Tahun lalu,
Malaysia telah membelanjakan sebanyak USD 14.6 juta (RM61 juta) bantuan kewangan untuk dimanfaatkan oleh 29,286 penggiat industri pelancongan. Komitmen itu diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak USD 20 juta (RM85 juta) kepada pengendali pelancongan terdiri daripada syarikat pelancongan dan pengembaraan, pengendali pusat spa dan kesihatan, pemilik homestay dan pemandu pelancong bagi
membantu mengurangkan beban mereka.

Dato’ Sri Hajah Nancy juga berkongsi tentang pelaksanaan tindakan strategik Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0 yang terdiri daripada lima (5) tonggak strategi ke arah pemulihan dan ketahanan untuk tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang iaitu;
i. Menyokong perniagaan pelancongan dengan langkah pemulihan;
ii. Memulihkan keyakinan pelancong dan kelancaran perjalanan intraregional
dan antarabangsa;
iii. Mencipta semula produk dan perkhidmatan pelancongan untuk memacu daya
saing;
iv. Menjajarkan pelancongan dengan elemen kemampanan dan keterangkuman;
dan
v. Mengukuhkan pemulihan dengan ketahanan jangka panjang dan kesediaan
berhadapan dengan krisis.

“Malaysia komited dalam menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa terutama melalui platform APEC serta mengesyorkan agar penglibatan dan perkongsian pandangan diadakan secara berterusan di kalangan ahli ekonomi APEC, terutamanya dalam bidang digitalisasi, penggunaan teknologi dan pelaburan pelancongan yang
mampan. Perkara ini penting bagi memastikan industri pelancongan akan lebih kukuh dan lebih berdaya tahan bagi menghadapi apa jua cabaran serta rintangan pada masa hadapan,” jelas Dato’ Sri Hajah Nancy.
Beliau turut menjemput dan mengalu-alukan semua delegasi untuk menyertai World Tourism Conference 2022 (WTC 2022) yang merupakan sebuah acara anjuran bersama Malaysia melalui MOTAC dengan UNWTO. Edisi tahun ini akan berlangsung di KotaKinabalu, Sabah, bermula dari 28 hingga 30 November 2022. Bertemakan ‘Tourism Futures Reimagined’, persidangan itu nanti akan menjadi platform bagi membincangkan
strategi yang dapat memacu ke arah pemulihan dan ketahanan pelancongan dunia
pasca-pandemik.

#ComingBackStronger
#KeluargaMalaysia
#BekerjaUntukRakyat

ShareTweetPin
Previous Post

Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2020 dan Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif

Next Post

Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu

Next Post
Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu

Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist