SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Tetamu terhormat Yb Tun Dr. Mahathir Mohamad.menyempurnakan majlis

SWA TV by SWA TV
July 24, 2022
in Info@swatv, Nasional
Reading Time: 3 mins read
A A
0
206
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR 24/7/2022 : Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik. Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan. Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu.

Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus. Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus. Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali. Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini. Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar pelajar ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka. “Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori  pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga,

 

                 Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini.“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya. Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di                 PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar.“Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain  mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara Jepun, Korea dan China,” katanya. Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40,PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

 

“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi PTTI Better Result. Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI. “Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya.

Sekian.

ShareTweetPin
Previous Post

KEHEBATAN CIPTAAN BARU (TARI) DARI ISTANA BUDAYA DALAM PERSEMBAHAN YANG PENUH KREATIF

Next Post

MAJLIS PERASMIAN COMMUNITY BASED TOURISM, ARCA DASAR LAUT DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

Next Post

MAJLIS PERASMIAN COMMUNITY BASED TOURISM, ARCA DASAR LAUT DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist