SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

RAJA PERLIS LANCAR PROJEK PEMBANGUNAN PERLIS INLAND PORT, DIJANGKA BAKAL MENGUBAH LANDSKAP EKONOMI PERLIS

RAJA PERLIS LANCAR PROJEK PEMBANGUNAN PERLIS INLAND PORT, DIJANGKA BAKAL MENGUBAH LANDSKAP EKONOMI PERLIS

Asraf Zin by Asraf Zin
March 15, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (4 dari kanan) ketika melancarkan majlis Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) di Kawasan Perindustrian Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) hari ini

DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (4 dari kanan) ketika melancarkan majlis Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) di Kawasan Perindustrian Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) hari ini

102
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR, 15 Mac 2022: Pelaksanaan projek Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) bakal mengubah landskap ekonomi di Perlis, titah DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada majlis pelancaran di sini hari ini.

Baginda bertitah PIP dan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) merupakan dua projek mega yang saling melengkapi serta memberikan impak ekonomi dalam sektor perindustrian dan juga logistik.

“Ini akan mengubah suasana khususnya di kawasan Chuping dan Padang Besar yang dahulunya merupakan kawasan pertanian.

“PIP ini merupakan sinergi awam dan swasta di mana pihak kerajaan memperuntukkan RM318.0 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur luaran dan RM1.2 bilion daripada pelaburan swasta bagi pembangunan kawasan operasi,” titah baginda.

Majlis pelancaran projek pembangunan Perlis Inland Port (PIP) di Kawasan Perindustrian Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) turut diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohammad Haris Kader Sultan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PIP akan menarik pelaburan baharu dengan penyediaan kemudahan logistik yang lengkap dan kos pengangkutan yang berpatutan bagi pelabur.

“Projek Perlis Inland Port melalui tiga infrastruktur luaran akan menghubungkan Jajaran Keretapi (Spur Line), Jejambat (Flyover) dan “Bonded Road” dengan peruntukan sebanyak RM340 juta.

“Perlis Inland Port wajar menjadi pemangkin bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan dengan Thailand dan mewujudkan nilai tambah”, kata Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurutnya lagi, Malaysia dan Thailand juga bersetuju untuk mensasarkan nilai perdagangan kepada USD30 bilion menjelang 2025.

“Kedudukan Perlis yang strategik dari segi geografi iaitu berdekatan sempadan Malaysia-Thailand memberi kelebihan untuk perdagangan rentas sempadan”, ujarnya.

Datuk Seri Ismail Sabri pada masa sama turut berharap projek strategik nasional berimpak tinggi seperti PIP ini dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan disamping memberi kesan limpahan ekonomi ke negeri-negeri lain ke dalam NCER.

ShareTweetPin
Previous Post

KPDNHEP SELANGOR ANJUR SAMBUTAN BULAN PENGGUNA SELANGOR 2022

Next Post

MOTAC LANCAR PROGRAM ISTANA BUDAYA 2022 DENGAN PELBAGAI PENGISIAN MENARIK

Next Post
MOTAC LANCAR PROGRAM ISTANA BUDAYA 2022 DENGAN PELBAGAI PENGISIAN MENARIK

MOTAC LANCAR PROGRAM ISTANA BUDAYA 2022 DENGAN PELBAGAI PENGISIAN MENARIK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist