SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

KPDNHEP SELANGOR ANJUR SAMBUTAN BULAN PENGGUNA SELANGOR 2022

KPDNHEP SELANGOR ANJUR SAMBUTAN BULAN PENGGUNA SELANGOR 2022

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 14, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
238
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sempena Sambutan Bulan Pengguna Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung sepanjang bulan Mac 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang giat melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk para pengguna.

Sambutan Bulan Pengguna Peringkat Negeri Selangor dilaksanakan selaras dengan Sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia (World Consumer Day) yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di peringkat antarabangsa.

Sambutan ini diadakan bagi memperjuangkan hak pengguna di seluruh dunia dengan memberikan pengetahuan dan kesedaran berkaitan hal-hal kepenggunaan.

Tema bagi Sambutan Bulan Pengguna Selangor 2022 ialah ‘Digitalisasi Pengguna’ di mana pelbagai aktiviti dan program yang bersifat people centric iaitu mendekati pengguna secara real-time.

Terdapat lima program Sambutan Bulan Pengguna Selangor 2022 yang bersifat people centric yang bakal diadakan seperti Cabaran Troli Pengguna Pringkat Daerah Selangor yang telah berlangsung pada 12 hingga 13 Mac dan peringkat akhir akan berlangsung pada 20 Mac 2022 di Central I-City Shah Alam.

Sekitar Cabaran Troli Pengguna yang berlangsung pada 12 dan 13 Mac 2022

Selain itu, Karnival Pengguna Selangor juga akan diadakan pada 19 dan 20 Mac 2022 di Central I-City bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di mana pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang karnival berlangsung.

Seterusnya, bacaan Khutbah Jumaat bertemakan kesedaran kepenggunaan akan diadakan di seluruh masjid dan surau di Selangor secara serentak pada 25 Mac 2022.

Aktivit Selangor Consumer Fun Walk (SCFW) pula bakal diadakan pada 1 April 2022 di Litar Sepang bermula jam 8 malam manakala program Advokasi Celik Aplikasi Price Catcher telah dilaksanakan sejak awal Mac 2022 oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) Selangor di premis pungutan harga.

Poster Selangor Consumer Fun Walk yang bakal diadakan di Litar Sepang pada 1 April 2022

KPDNHEP Selangor berharap agar pengguna Selangor dapat bersama-sama memeriahkan dan menyokong aktiviti yang bakal diadakan dalam usaha untuk mewujudkan komuniti pengguna Selangor yang menyedari hak mereka.

Hebahan aktiviti dan poster advokasi pengguna sempena Sambutan Bulan Pengguna Selangor 2022 boleh dirujuk menerusi posting di laman rasmi Facebook KPDNHEP Selangor.

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI KPDNHEP SELANGOR

ShareTweetPin
Previous Post

MALAYSIA BERSAMA 53 NEGARA ANGGOTA MENYAMBUT HARI KOMANWEL HARI INI

Next Post

RAJA PERLIS LANCAR PROJEK PEMBANGUNAN PERLIS INLAND PORT, DIJANGKA BAKAL MENGUBAH LANDSKAP EKONOMI PERLIS

Next Post

RAJA PERLIS LANCAR PROJEK PEMBANGUNAN PERLIS INLAND PORT, DIJANGKA BAKAL MENGUBAH LANDSKAP EKONOMI PERLIS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist