SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR MERANGKUL KEMENAGAN DI PERTANDINGAN 42ND INTERNATIONAL COMPETITION OF FOLKLORE, DANCE AND MUSIC FESTIVAL “PRAGUE STARS” AUTUMN 2024

SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR MERANGKUL KEMENANGAN DI PERTANDINGAN 42ND INTERNATIONAL COMPETITION OF FOLKLORE, DANCE AND MUSIC FESTIVAL “PRAGUE STARS” AUTUMN 2024

SWA TV by SWA TV
November 3, 2024
in Hiburan, Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
608
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

PRAGUE, REPUBLIC CZECH, 1 NOVEMBER 2024 – Kumpulan tarian Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur menang besar di 42nd International Competition Of Folklore, Dance and Music Festival “PRAGUE STARS” Autumn yang berlangsung di Praha Concert Hall, Na Maninach 32a, Prague, pada Jumaat, 1 November 2024.

Pertandingan anjuran European Association of Folklore Festival (EAFF) disertai seramai lebih kurang 50 kumpulan yang bersaing dari seluruh dunia seperti antaranya Slovakia, Ukraine, Romania, Bosnia, Republic Czech dan banyak lagi dengan mempertaruhkan pelbagai kategori seperti Folklore Dance, Jazz Dance, Tari Kontemporari, dan banyak lagi kategori dipertandingkan.

Kemenangan besar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur bagi kategori Folklore Dance Art meraih Champion for Solo Category yang ditarikan oleh Muhammad Nazhan bin Nasir, dengan karya tari bertajuk “Kenyalang”, anugerah seterusnya Champion for Duet Category, yang ditarikan oleh Muhammad Nor Danish Amani dan Nur Aireen Hannani, karya tari “Kuda Pacu”, seterusnya karya tari “Suluh” disertai Kumpulan Pewaris Seni Anak tari seramai 6 orang murid memenangi Champion for Ensemble Group Category.

Keputusan Pertandingan 42nd International Competition of Folklore, Dance and Music Festival “Prague Stars” Autumn 2024
CHAMPION bagi Kategori Solo
CHAMPION bagi kategori Duet
CHAMPION bagi kategori Berkumpulan

Kemenangan ini sekaligus meraih perhatian juri profesional dan merangkul anugerah tertinggi GRAND PRIX AWARD “Outstanding Performance” di antara semua delegasi yang bertanding. Kegigihan dan semangat yang ditonjolkan oleh 9 orang murid bidang tari di bawah gabungan dan bimbingan Jurulatih Seni Tari, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, Encik Mohamad Shahfik Abd Aziz dan Puan Nur Arziana Md Sakek, mempertaruhkan tarian rakyat dan etnik Malaysia, memberikan kemenangan besar sekaligus memberi suntikan semangat yang tinggi kepada umum dalam mengangkat karya seni tari di persada antarabangsa.

Turut hadir ke pertandingan tersebut adalah Puan Yang Terutama, Puan Suzilah Mohd Sidek, Duta Besar, Kedutaan Malaysia Prague, serta Encik Amirul Zaki, Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia Prague, Kementerian Luar Negeri.

Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Puan Siti Dewi Marsitah binti Ismail, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, ibu bapa serta penglibatan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaan penyertaan pertandingan ini. Juga ucapan terima kasih kepada barisan penaja antaranya Big Supermarket, Let’s Play Performance, Creative Asia (M) Sdn Bhd, Tastytouch, Mokoloko Kopi, University of Leeds, Brahim’s, Mighty White atas segala tajaan yang diberikan.

ShareTweetPin
Previous Post

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) 2024

Next Post

Persidangan Kembara Kajian Dunia 2024: Malaysia Hos Persidangan Pertama di Luar China untuk Mempromosikan Pelancongan Lestari dan Berpendidikan

Next Post
Persidangan Kembara Kajian Dunia 2024: Malaysia Hos Persidangan Pertama di Luar China untuk Mempromosikan Pelancongan Lestari dan  Berpendidikan

Persidangan Kembara Kajian Dunia 2024: Malaysia Hos Persidangan Pertama di Luar China untuk Mempromosikan Pelancongan Lestari dan Berpendidikan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist