SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

PERUBAHAN TEKNOLOGI MEMBERI KESAN KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA

SWA TV by SWA TV
July 26, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
69
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

 

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir
Perubahan teknologi yang berlaku secara pesat memberi kesan kepada kehidupan manusia.
Tidak terkecuali antara bidang yang turut mendapat manfaat melalui kemajuan ini adalah
sistem pendidikan dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai akses terhadap segala
inovasi yang diperkenalkan, ternyata Malaysia juga tidak terkecuali bersaing dalam
menghasilkan lebih ramai pelajar yang dilengkapi dengan ilmu terbaik.
Namun sejauh mana, penggunaan teknologi ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan
tenaga pengajar di negara ini.

Justeru, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), PTTI mengadakan wacana berjudul Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian
di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan kecemerlangan 335 pelajar
pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021, baru-baru ini.
Berkongsi jawapan dalam sesi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar
Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan
teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara
penyampaian yang lebih berkesan.

Bersetuju dengan kenyataan teknologi sebagai keperluan dalam sistem pendidikan kini,
namun menurut negarawan ini juga tidak semua boleh diaplikasikan secara mendadak
kepada pelajar memandangkan perlu ada saringan dalam membentuk karakter yang sesuai.
“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi
keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan
pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter.

 

“Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan,”katanya.
Melihat kemajuan yang diraih negara luar melalui sistem pendidikan yang menggunakan
teknologi terkini. Malaysia juga tidak ketinggalan berada pada landasan yang sama, namun
dalam mengoptimumkan kelebihan yang ada, bekas Perdana Menteri itu yakin perlu ada
pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien.

“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika
guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan
teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran
secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan
guru yang sama.“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan
membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua
guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,”
jelasnya lagi.Berkongsi mengenai ketegasanya dalam memastikan setiap anak-anak di negara ini
mendapatkan pendidikan ketika di era pemerintahannya nyata membawa kepada perubahan
Malaysia kini.

Tambahnya antara yang menjadi fokus utamanya juga bagaimana pendidikan juga tidak boleh
disalurkan melalui cara yang sama memandangkan tahap penerimaan murid berbeza
mengikut kemampuan. Sementara itu, berkongsi pesanannya kepada semua pelajar di negara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, berharap agar ibu bapa dan guru menjadi pendorong utama kepada pelajarpelajar ini untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang demi masa depan.Menjadi amalan yang baik juga, jelasnya setiap pelajar ini harus mengulangkaji setiappelajaran itu secara berulang kali dalam memastikan ilmu itu dapat difahami dengan lebih baik.

 

Pada majlis sama, Tun Dr Mahathir turut melancarkan inisiatif Malaysia Bangkit Belajar yang
memfokuskan kepada pelajar tingkatan tiga hingga lima untuk mendapatkan pembelajaran
secara percuma melalui pembelajaran dalam talian yang dikendalikan oleh PTTI.
Inisiatif ini juga sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang
datang dari keluarga berstatus B40, yang mana PTTI menyediakan pelbagai kemudahan
penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.
Pembelajaran percuma ini boleh diikuti di laman web www.ptti.my

ShareTweetPin
Previous Post

GALERI EVOLUSI KRAF DAN MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

Next Post

KARNIVAL UMMAH BISTARI

Next Post
KARNIVAL UMMAH BISTARI

KARNIVAL UMMAH BISTARI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist