SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

GALERI EVOLUSI KRAF DAN MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

INSPIRASI DALAM PENGHASILAN PRODUK KRAF MALAYSIA

SWA TV by SWA TV
July 25, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
298
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

YB MENTERI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PEMBUKAAN GALERI EVOLUSI KRAF DAN PEMBUKAAN SEMULA MUZIUM ADAT ISTIADAT & PERKAHWINAN

LANGKAWI, Pada 23 JULAI 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Kraftangan Malaysia pada hari ini telah mengadakan majlis pembukaan Galeri Evolusi Kraf dan pembukaan semula Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bertempat di Kompleks KrafLangkawi. Galeri Evolusi Kraf memaparkan manifestasi perkembangan reka bentuk produk kraf Malaysia dari tahun 1980an hingga 2020 yang memenuhi dua  tujuan, iaitu hiasan dan fungsi. Galeri ini merupakan pusat rujukan yang menjurus ke arah pendidikan bagi meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap perkembangan reka bentuk produk kraf Malaysia yang menekankan nilai estetika dan komersial. Pembukaan galeri bakal menjadi platform rujukan bagi pereka kraf tempatan, pengiat seni, pemain industri, usahawan dan pelajar untuk memberi inspirasi dalam penghasilan produk kraf Malaysia.

 

Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, ‘Pembukaan galeri ini juga merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada pereka Kraftangan Malaysia yang telah banyak membantu komuniti kraf melalui interpretasi olahan bentuk, reka corak dan motif dalam membangunkan reka bentuk produk kraf baharu. Sebanyak 249 reka bentuk produk kraf Malaysia dipamerkan dengan penglibatan seramai 72 orang pereka Kraftangan
Malaysia’. Pembukaan semula Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan ini memberi nafas baharu yang bertujuan untuk menggalakkan generasi muda khususnya mempelajari budaya tradisi bangsa bagi memupuk rasa kecintaan terhadap amalan kepercayaan dan adat generasi terdahulu. Kesedaran tentang perwarisan budaya ini perlu dipupuk untuk kelangsungan pembudayaan adat dan istiadat perkahwinan sesuatu bangsa agar kekal terpelihara dari satu generasi ke generasi seterusnya.

 

Muzium ini mengetengahkan sembilan manifestasi perkahwinan iaitu Diorama Adat Meminang, Adat Pertunangan, Adat Persandingan dan Adat Nasi Temuan Melayu Perak, Evolusi Hantaran Perkahwinan Melayu, Perkahwinan Cina, Perkahwinan India, Perkahwinan Kadazan-Dusun serta Perkahwinan
Iban. Diorama ini mempamerkan 615 koleksi kraf yang digunakan dalam setiap adat yang dijalankan semasa majlis perkahwinan.

KEMENTERIAN PELANCONGAN,SENI DAN BUDAYA

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT Ɩ KRAFTANGAN MALAYSIA
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR Ɩ JALAN CONLAY Ɩ 50450 KUALA LUMPUR
TEL : 03 – 2162 7459 Ɩ FAKS : 03 – 2161 3773 I www.kraftangan.gov.my I KRAFTANGAN MALAYSIA

Turut diadakan ialah PASAREKA 2022 pada 23 hingga 25 Julai 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. PASAREKA merupakan aktiviti menghimpunkan kegiatan seni dan kreativiti pereka Kraftangan Malaysia,
pereka jemputan, pemain industri, pendidik dan komuniti kraf. Pada tahun ini, PASAREKA memberi fokus kepada aktiviti pengembangan ilmu yang merangkumi aktiviti perkongsian ilmiah secara fizikal dan digital seperti Art
Dialogue (Legasi Kreatif), Hands On (Creative Craft Studio) Cakna Kraf, Wacana Kraf dan Interaktif Kraf. Selain itu, turut diadakan aktiviti jualan dan demonstrasi produk kraf serta makanan tradisional. Orang ramai dijemput hadir untuk berkunjung ke Galeri Evolusi Kraf dan Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan di Kompleks Kraf Langkawi yang dibuka setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang secara PERCUMA.

ShareTweetPin
Previous Post

MAJLIS PERASMIAN COMMUNITY BASED TOURISM, ARCA DASAR LAUT DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

Next Post

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

Next Post
Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist