KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menurun dengan 3,900 kes setakat tengah hari tadi , berbanding 4,097 kes , semalam .
Meskipun begitu , terdapat dua kluster baharu telah ditemui , melibatkan institusi pendidikan yang berbeza di dua negeri , iaitu di Sabah dan juga di Negeri Sembilan .
Di Sabah , pencetusan kluster baharu iaitu Kluster Puncak Ilmu yang melibatkan seramai 41 individu yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dijangkiti wabak itu ,
Datuk Masidi Manjun , jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah , menjelaskan bahawa , kluster ini berpunca daripada seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun di Fakulti Sumber Alam UMS yang tinggal di kolej kediaman universiti tempatan itu .
“Saringan terhadap kontak kes mendapati 40 lagi kes positif terdiri daripada pelajar serta kakitangan UMS .
“Jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah sebanyak 41 kes termasuk lima kes baharu . Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan ,” katanya pada satu sidang media , semalam .
Sementara itu , di Negeri Sembilan pula , dilaporkan seramai 41 penuntut Politeknik Nilai telah dikesan positif Covid-19 , dipercayai membabitkan Kluster Persiaran Pendidikan Nilai , setakat ini .
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan , Koperasi dan Kepenggunaan negeri , S Veerapan berkata , kes pertama untuk kluster tersebut mula dilaporkan pada 8 Disember lalu , yang kemudiannya membabitkan pelajar di politeknik tersebut .
“Bagaimanapun hasil saringan yang dijalankan terhadap 440 penuntut sehingga jam 12 tengah hari hari ini , mendapati secara keseluruhannya hanya 41 positif Covid-19 manakala 399 orang lagi tidak bergejala ,” katanya , hari ini .
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata , setakat ini , angka kes terkini yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,703,140 kes .