SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

4,200 PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN DI KELANTAN TERIMA SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN PETRONAS

4,200 PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN DI KELANTAN TERIMA SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN PETRONAS

Asraf Zin by Asraf Zin
March 16, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
55
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Seramai 4,200 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Kelantan menerima sumbangan daripada Yayasan Petronas.

Sumbangan tersebut yang berbentuk kelengkapan sekolah, pakaian sukan serta kit kebersihan diri itu disampaikan sempena program Petronas Back to School 2022.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengurus Kanan Petronas Pantai Timur, Azeman Said kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Azeman Said berkata, sejak program itu dilancarkan pada 2003, Petronas terus komited bagi meringankan bebanan golongan berpendapatan rendah khasnya dalam kalangan pelajar.

“Situasi pandemik dan peningkatan harga barang, menambahkan cabaran yang dihadapi ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang dihadapi golongan berpendapatan rendah bagi menghadapi sesi persekolahan 2022,” katanya di sini.

Menurutnya juga berdasarkan laporan dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia, situasi pandemik COVID-19 telah menyebabkan seramai 580,000 isi rumah M40 disenaraikan dalam kategori B40.

Oleh itu katanya, jumlah penerima sumbangan Petronas Back to School pada tahun ini telah ditambah.

“Buat julung kalinya pelajar sekolah menengah rendah turut dibantu Petronas. Sebanyak 2,600 sumbangan telah disalurkan kepada murid sekolah rendah antaranya di Machang, Gua Musang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Jeli.

“Manakala 1,600 lagi sumbangan diagih kepada pelajar sekolah menengah rendah di Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Putih dan Bachok,” ujarnya.

Setiap pelajar menerima sepasang pakaian seragam sekolah, sepasang pakaian sukan, kasut, stoking dan sebuah beg galas.

ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC LANCAR PROGRAM ISTANA BUDAYA 2022 DENGAN PELBAGAI PENGISIAN MENARIK

Next Post

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 TAWAR SAJIAN KAMPUNG SETIAP NEGERI

Next Post

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 TAWAR SAJIAN KAMPUNG SETIAP NEGERI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • (no title)
  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist