SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 TAWAR SAJIAN KAMPUNG SETIAP NEGERI

BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 TAWAR SAJIAN KAMPUNG SETIAP NEGERI

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 16, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
90
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur hari ini telah mengadakan sebuah Majlis Pelancaran & Prebiu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 yang bertempat di Dewan Bankuet Megaview TH03, Menara Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

YB Datuk Seri Haji Jalaluddin (tengah) bersama Puan Ainol Shaharina dan Datuk Zalekha Hassan melaksanakan gimik perasmian Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022

Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis pelancaran dan prebiu tersebut ialah Datuk Zalekha Hassan, Pengerusi Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd, Puan Ainol Shaharina Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur serta Encik Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 bakal dijalankan dari 4 April hingga 24 April 2022 bermula jam 6 petang hingga jam 9 malam bersempena Ramadan al-Mubarak 1443H.

Tema bagi Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 iaitu “Sajian Nostalgia Kampungku” dipilih bersesuaian dengan juadah selera kampung bagi negeri-negeri di Malaysia yang akan disajikan sepanjang acara bufet tersebut berlangsung hasil kerjasama Menara Kuala Lumpur bersama Citarasa Uniq Sdn. Bhd.

Antara juadah yang bakal disajikan adalah Nasi Briyani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan serta juadah tempatan dan antarabangsa.

Antara menu hidangan yang disajikan ketika Majlis Pelancaran & Prebiu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022

Menurut Puan Ainol Shaharina Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, tetamu bukan sahaja dapat menikmati pemandangan indah ketika waktu matahari terbenam sambil menjamu selera, mereka juga bakal dihiburkan oleh kumpulan pemuzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu The Sky Band.

Puan Ainol Shaharina berucap ketika Majlis Pelancaran & Prebiu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 berlangsung

Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias dalam ucapan beliau berkata bahawa program bufet Ramadan bukan sahaja dapat mengembalikan kemeriahan penglibatan masyarakat pelbagai kaum, namun ia juga dapat melahirkan satu suasana yang menarik pelancong tempatan mahupun pelancong asing sekaligus menjadikan bandar Kuala Lumpur sebagai tumpuan pelancong walaupun ketika bulan Ramadan.

YB Datuk Seri Haji Jalaluddin berucap sekaligus merasmikan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022

Dengan harga berpatutan yang ditawarkan, orang ramai dijemput ke Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2022 bagi menikmati juadah yang disediakan dan memriahkan lagi suasana berbuka puasa di bulan Ramadan.

ShareTweetPin
Previous Post

4,200 PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN DI KELANTAN TERIMA SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN PETRONAS

Next Post

KETETAPAN BAHARU DI MASJID DAN SURAU BERKUAT KUASA 1 APRIL 2022

Next Post
KETETAPAN BAHARU DI MASJID DAN SURAU BERKUAT KUASA 1 APRIL 2022

KETETAPAN BAHARU DI MASJID DAN SURAU BERKUAT KUASA 1 APRIL 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist