SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

DATUK SERI RINA HARUN RASMI PELANCARAN WAJAH BAHARU HOSPITAL MDC PUSRAWI KOTA DAMANSARA

DATUK SERI RINA HARUN RASMI PELANCARAN WAJAH BAHARU HOSPITAL MDC PUSRAWI KOTA DAMANSARA

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 21, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
216
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: MDC Asia Link Berhad yang merupakan pengendali Hospital Bersalin Pusrawi, Kota Damansara telah mengadakan sebuah Majlis Pelancaran Wajah Baharu Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara pada 20 Mac 2022.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau ketika berucap menyatakan keyakinan beliau bahawa penjenamaan semula dengan wajah baharu Hospital MDC Pusrawi ini juga dapat memberi nafas baharu kepada pihak pengurusan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan dengan kemudahan infrastruktur moden dan terbaik khususnya kepada ibu-ibu dan anak-anak yang akan mendapatkan perkhidmmatan di hospital tersebut.

YB Datuk Seri Rina Harun berucap ketika Majlis Pelancaran Wajah Baharu Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara berlangsung

Menurut beliau, Dr Hj Aslan Bacho yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Berhad menjelaskan bahawa syarikat tersebut akan mengendalikan Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara seperti biasa di samping melaksanakan misi dan visi tersendiri untuk menyediakan peluang pekerjaan, peluang mengembangkan perniagaan dalam bidang perubatan dan juga melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang tersebut di Malaysia.

Dr Hj Aslan Bacho juga mensasarkan untuk menubuhkan 99 cawangan hospital di bawah pengendalian MDC Asia Link menjelang tahun 2025 dan juga membuka peluang pelaburan kepada pelabur luar dengan menyasarkan jenama mereka di Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang tahun 2024.

Hospital MDC Pusrawi bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mematuhi syariah kepada ibu-ibu mengandung, malahan terdapat juga perkhidmatan kaunseling yang disediakan bagi mereka yang ingin mendapatkan nasihat berkenaan penjagaan kanak-kanak dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, Hospital MDC Pusrawi juga akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin yang jarang ditawarkan di mana-mana hospital di negara ini.

YB Datuk Seri Rina Harun diiringi Dr Hj Aslan Bacho ketika merasmikan pelancaran wajah baharu Hospital MDC Pusrawi

YB Datuk Seri Rina Harun berharap agar pelancaran wajah baharu Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara ini dapat menjadi batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak cawangan MDC Pusrawi berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.

ShareTweetPin
Previous Post

PROFESOR DATO’ DR. AISHAH BIDIN DILANTIK SEBAGAI WAKIL MALAYSIA YANG BARU KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN

Next Post

PENERBANGAN TAKTIKAL ASET UDARA TUDM, RAKYAT SARAWAK DIMINTA UNTUK TIDAK PANIK

Next Post

PENERBANGAN TAKTIKAL ASET UDARA TUDM, RAKYAT SARAWAK DIMINTA UNTUK TIDAK PANIK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist