SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home KES

DUA MANGSA TERTIMBUS RUNTUHAN BATU KUARI MASIH BELUM DITEMUI

DUA MANGSA TERTIMBUS RUNTUHAN BATU KUARI MASIH BELUM DITEMUI

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 10, 2022
in KES, Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
54
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Sekitar jam 9 pagi semalam, satu kemalangan telah dilaporkan berlaku di sebuah kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menyebabkan 2 orang pemandu ‘excavator’ dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan batu.

2 orang lagi pekerja yang berjaya menyelamatkan diri telah mengalami kecederaan di mana salah seorang daripada mereka mengalami patah kaki manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan di siku.

Ekoran kejadian tersebut, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Perak telah mengarahkan sekumpulan pegawai penyiasat untuk melakukan siasatan ke atas kejadian yang telah berlaku.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih dijalankan dan JKKP akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran perundangan dan elemen lain yang menjadi punca kemalangan tersebut berlaku setelah operasi mencari dan menyelamat selesai.

Jika didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselematan dan Kesihatan Pekerja 1994, pihak JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Kedua-dua mangsa iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49 dan Itam Lasoh, 43 yang masih belum ditemui dipercayai tertimbus pada kedalaman sembilan hingga 12 meter.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut memberi bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa di mana pasukan tersebut telah meletakkan sensor pergerakan struktur yang akan mengeluarkan amaran jika mengesan gerakan dari bukit berhampiran.

Dilaporkan bahawa gerakan tanah dan runtuhan kecil masih berterusan berlaku di sekitar kuari hingga ke hari ini yang menyebabkan operasi mencari dan menyelamat berdepan kesukaran.

Operasi mencari dan menyelamat dijangka bermula semula pada jam 2 atau 3 petang hari ini setelah ditangguh pada pagi tadi ekoran gerakan tanah dan runtuhan kecil yang berlaku.

SUMBER FOTO: Facebook STORM Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia

ShareTweetPin
Previous Post

KKMM LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BANTU PENDUDUK DI KOTA TINGGI

Next Post

PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN, MET MALAYSIA MINTA ORANG RAMAI LEBIH PEKA DAN BERWASPADA

Next Post

PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN, MET MALAYSIA MINTA ORANG RAMAI LEBIH PEKA DAN BERWASPADA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist