TEMERLOH: FGV Holdings Berhad telah menyalurkan sumbangan bagi bantuan banjir kepada Tabung Bencana Banjir Pahang 2021 sebanyak RM250,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor menyerahkan sumbangan tersebut kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.
Turut menyaksikan penyerahan sumbangan Tabung Bencana Banjir Pahang 2021 yang berlangsung di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh ialah YB Dato’ Sri Idris Jusoh, YB Dato’ Hj Nazri Ngah, Ahli Lembaga Pengarah FELDA dan Pegawai Daerah Temerloh, YBhg Dato’ Ali Syahbana Sabaruddin.
Sumbangan tersebut diserahkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir serta membantu negeri Pahang dalam usaha pemulihan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tersebut.
SUMBER FOTO: FACEBOOK RASMI FELDA – LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN