SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

ISU KENAIKAN TAMBANG E-HAILING: KESESAKAN LALU LINTAS ANTARA FAKTOR KEPADA LONJAKAN TAMBANG

ISU KENAIKAN TAMBANG E-HAILING: KESESAKAN LALU LINTAS ANTARA FAKTOR KEPADA LONJAKAN TAMBANG

Asraf Zin by Asraf Zin
May 24, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
50
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

24 Mei 2022: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah bertemu dengan pengendali e-hailing (EHO) setelah mengambil maklum isu kenaikan tambang e-hailing oleh orang ramai baru-baru ini.

MOT menerusi kenyataan berkata, perbincangan bersama pengendali e-hailing tersebut telah menemukan dua (2) faktor utama kepada lonjakan tambang perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing tersebut.

Antaranya adalah penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan masa perjalanan menjadi lebih lama.

Selain itu, kekurangan pemandu e-hailing yang merekodkan penurunan bilangan pemandu sebanyak 30% sebelum COVID-19 melanda juga telah menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan.

“Faktor-faktor ini telah mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh EHO yang merangkumi pelbagai faktor termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran yang terus mempengaruhi kenaikan tambang sejak kebelakangan ini.

“EHO juga dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, EHO telah memberi jaminan kepada MOT untuk meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini selain Kerajaan akan terus memastikan lebih banyak EHO bersama-sama perkhidmatan teksi dan bas tersedia untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Untuk rekod, lebih 130,000 individu memegang lesen vokasional untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing pada masa ini.

“Angka ini dijangka bertambah apabila Institusi Memandu dan EHO menerima lebih banyak calon untuk menjadi pemandu e-hailing bagi 21 EHO dengan lesen aktif di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

MOT menerusi kenyataan turut menggesa semua EHO agar meningkatkan saluran komunikasi mereka dengan pengguna.

“Kami akan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan keadilan dan mengelakkan beban yang tidak wajar kepada pengguna,” tegas MOT menerusi kenyataan.

ShareTweetPin
Previous Post

PREMIS JUALAN DI SELANGOR MASIH BOLEH MEMBEKAL DAN MENJUAL AYAM

Next Post

KERAJAAN TEGAS TANGANI ISU BEKALAN DAN HARGA AYAM

Next Post
KERAJAAN TEGAS TANGANI ISU BEKALAN DAN HARGA AYAM

KERAJAAN TEGAS TANGANI ISU BEKALAN DAN HARGA AYAM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist