7 Jun 2022: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis) ini, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.
Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peeriksaan SPM akan dihantar melalui pos pada tarikh sama iaitu 16 Jun 2022.
Selain itu, KPM menerusi kenyataan turut memaklumkan calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun.
Malah, calon juga boleh membuat semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM<jarak<NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Menurut KPM, semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun.