KUALA LUMPUR – Kes kematian COVID-19 dilaporkan menurun , di mana sebanyak 19 kes direkodkan berbanding 26 kes kelmarin .
Selangor masih lagi kekal mencatatkan jumlah kes kematian yang tertinggi dengan lima kes , diikuti oleh Terenggany dengan empat kes , tiga kes di Johor , dua kes di Sabah , manakala masing-masing satu kes di Kelantan , Melaka , Negeri Sembilan , Kedah dan Kuala Lumpur .
Sementara tujuh negeri lain ; Pahang , Perak , Pulau Pinang , Sarawak , Perlis , Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai sebarang kes kematian yang dilaporkan .
Untuk penggunaan katil hospital di seluruh negara pula , ia dilaporkan masih terkawal termasuk untuk kes bukan COVID-19 , dengan kadar peratus 62.1 , setakat tengah malam tadi .
Meskipun begitu , beberapa negeri tetap berada dalam kategori merah , iaitu lebih 70 peratus daripada kapasiti .
Laporan ini dibuat berdasarkan laman sesawangn CovidNow , kadar penggunaan katil hospital di Melaka mempunyai rekod tertinggi berbanding negeri-negeri di Malaysia , iaitu 78.5 % , diikuti Kedah dengan 76.9 % , Kelantan (74.7 % ) , Terengganu (73.2 % ) dan Johor (70.7 % ) .
Sementara itu , enam negeri iaitu Selangor , Negeri Sembilan , Pahang , Perak , Pulau Pinang dan Perlis mencatatkan kadar paras penggunaan katil hospital di antara 60 hingga 69 % .
Sarawak dan Putrajaya masing-masing merekodkan 54.3 % dan 52.3 % .
Tiga negeri dengan kadar penggunaan katil terendah ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan 30.5 peratus , Kuala Lumpur (42.3) dan Sabah (49.8) .