KUALA LUMPUR: Bengkel Kerjasama Tenaga Malaysia-Republik Korea Ke-10 telah berlangsung semalam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Bengkel tahunan tersebut dianjurkan hasil kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Kedutaan Republik Korea.
Wakil daripada agensi kerajaaan dan swasta di Malaysia telah menghadiri bengkel tersebut disertai wakil agensi dan institusi tenaga serta syarikat dan industri dari Republik Korea secara atas talian.
Bengkel ini merupakan sebuah platform untuk berkongsi pengetahuan mengenai usaha kedua-dua negara dalam peralihan tenaga serta meneroka peluang dan potensi kerjasama dalam sektor tenaga elektrik bersama pihak industri daripada Republik Korea.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dalam ucapan beliau menegaskan bahawa Malaysia komited dalam melaksanakan peralihan tenaga ke arah industri bekalan elektrik yang rendah karbon selaras dengan aspirasi negara mencapai pelepasan gas rumah kaca (Green House Gases – GHG) bersih pada tahun 2050.
Beliau turut mempelawa syarikat Korea yang berpangkalan di Malaysia untuk mengambil peluang melanggan Green Energy Tariff (GET) demi memenuhi komitmen Environmental, Social and Corporate Governance (ESG).
Majlis pemeteraian perjanjian kolaborasi antara Confreth Sdn. Bhd. dan Konsortium Korea dalam Energy Efficient Building Technology Development Project turut berlangsung ketika bengkel tersebut diadakan dan disaksikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Duta Besar Republik Korea.
SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI