SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

PROJEK NAIK TARAF HOSPITAL TAWAU DIJANGKA SIAP MENJELANG HUJUNG TAHUN INI

PROJEK NAIK TARAF HOSPITAL TAWAU DIJANGKA SIAP MENJELANG HUJUNG TAHUN INI

Asraf Zin by Asraf Zin
April 20, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
Struktur bangunan baharu hospital Tawau yang masih dalam proses pembinaan

Struktur bangunan baharu hospital Tawau yang masih dalam proses pembinaan

65
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU, 20 April 2022: Kerajaan sasar Projek Naik Taraf Hospital Tawau akan disiapkan menjelang hujung tahun ini setelah mengadakan perbincangan bersama kontraktor dan juga langkah-langkah pemantauan yang diambil Jabatan Kerja Raya Malaysia.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, JKR Malaysia memantau rapi pelan mitigasi dan kemajuan kerja kontraktor bagi memastikan sasaran kerja dicapai.

“Prestasi pihak kontraktor akan dinilai mengikut laporan kemajuan kerja mingguan yang perlu dihantar dan JKR tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan amaran kepada kontraktor sekiranya sasaran kerja tidak dicapai,” katanya.

Menurutnya lagi, sehingga 31 Mac 2022, projek berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kemajuan kerja sebanyak 70% di samping sasaran kemajuan kerja yang ditetapkan pada 4% setiap bulan perlu dicapai oleh kontraktor.

Sementara itu, pihak kontraktor telah memberikan komitmen untuk meningkatkan pengambilan pekerja tempatan bagi mengurangkan kebergantugan kepada pekerja asing bagi mengatasi isu kekurangan pekerja.

Mengulas lanjut, bangunan baru hospital tersebut akan menambahkan sebanyak 154 buah katil dan menjadikan jumlah keseluruhan termasuk di hospital lama adalah sebanyak 555 buah katil.

Serta, terdapat kemudahan lain yang disediakan termasuk 6 bilik bedah, 4 suite endoskopi, tambahan kapasiti 30 Unit haemodialisis, bahagian kecemasan baru, klinik-klinik pakar, sebuah auditorium yang mampu memuatkan 250 orang dan kemudahan lain termasuk helipad.

Arthur Joseph menerusi kenyataan berkata, “Jabatan Kerja Raya Malaysia akan memastikan bangunan baharu itu dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk Keluarga Malaysia.

Terdahulu, projek Naik Taraf Hospital Tawau telah dimulakan pada tahun 2017 dan dijadualkan siap apda suku kedua tahun 2020. Namun mengalami kelewatan akibat penularan COVID-19, struktur tanah di tapak projek, kekurangan tenaga kerja serta kelewatan bahan binaan akibat penutupan kilang yang menjadi faktor kepada kelewatan tersebut.

ShareTweetPin
Previous Post

SERAMAI 8,310 HADIR MEMERIAHKAN IFTAR@KL PADA HARI KEDUA PENGANJURAN

Next Post

BEKAS KSN, TAN SRI DR. ALI HAMSA MENINGGAL DUNIA

Next Post
BEKAS KSN, TAN SRI DR. ALI HAMSA MENINGGAL DUNIA

BEKAS KSN, TAN SRI DR. ALI HAMSA MENINGGAL DUNIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist