Industri seni dan teater tanah air telah kehilangan sebutir bintang apabila Tokoh Bangsawan Negara iaitu Rahman B menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4:43 petang, Rabu.
Rahman B atau nama sebenarnya Abdul Rahman Abu Bakar dipercayai meninggal dunia pada usia 87 tahun akibat pendarahan beku di paru-paru.
Allahyarham merupakan seorang Tokoh Bangsawan Negara yang dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Klang, Selangor dan mula menceburi diri dalam bidang ini seawal usia lapan tahun.
Antara kumpulan bangsawan yang telah menaikkan nama Allahyarham adalah Kumpulan Rahman Star Opera dan Bangsawan Bintang Timur.
Sepanjang karier Allahyarham, Rahman B telah menerima Anugerah Seni Negara Keenam pada tahun 2003 yang membawa gelaran Seniman Negara.
Allahyarham juga merupakan Adiguru Bangsawan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak tahun 1996.