SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

MOTAC ADAKAN SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI KRAFTANGAN

MOTAC ADAKAN SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI KRAFTANGAN

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 3, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
236
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mengadakan sesi ramah mesra yang melibatkan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bersama tiga Tokoh Kraf Negara dan tujuh Adiguru Kraf semalam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Tiga Tokoh Kraf Negara yang terlibat dalam sesi ramah mesra tersebut ialah Puan Hajah Azizah binti Mohamad Yusof (Tokoh Kraf Negara 2018); Puan Hajah Rohana binti Abd Rahman (Tokoh Kraf Negara 2020) dan Encik Norhaiza bin Noordin (Tokoh Kraf Negara 2022).

Bagi Adiguru Kraf pula, mereka yang terlibat ialah Encik Siow Ho Phiew (Adiguru Kraf Pembuatan Kepala Singa (Boneka); Encik Samat bin Man (Adiguru Kraf Wau), Encik Ishak b. Kassim (Adiguru Kraf Anyaman Rotan), Encik V.N Ramadas a/l Vengdasalam (Adiguru Kraf Seramik), Encik Md Ghani bin Mat (Adiguru Kraf  Blok Batik), Encik Ibrahim bin Deraman (Adiguru Kraf  Batik Blok / Terap) dan Encik Wan Manang bin Wan Awang (Adiguru Kraf Songket).

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (tengah) bersama Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf serta tetamu kehormat yang terlibat dalam sesi ramah mesra yang berlangsung semalam

Sesi ramah mesra tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Kraftangan Malaysia, YBhg. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia iaitu Puan Aididah binti Ibrahim.

Ketika sesi ramah mesra berlangsung, Wan Manang Wan Awang yang merupakan Adiguru Songket telah menyentuh beberapa perkara termasuk keperluan kerajaan dengan penggiat industri meningkatkan kerjasama dalam mempromosikan sektor pelancongan, seni dan budaya.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa kerajaan perlu memberi lebih intensif dalam bentuk galakan khususnya kepada anak muda bagi menarik minat mereka untuk meceburkan diri dalam perusahaan songket dan produk kraf sekaligus dapat mengasah kemahiran anak muda, contohnya dalam tekstil tenunan dan pembuatan produk seramik.

Ketika sesi ramah mesra tersebut, Siow Ho Phiew, Adiguru Kraf Pembuatan Kepala Singa (Boneka) turut berkongsi pengalaman beliau dalam mengadakan program latihan bersama komuniti tarian singa dari China bagi mempromosikan tarian singa Malaysia ke pentas antarabangsa.

 

Dato’ Hajah Nancy Shukri meneliti hasil kraf yang dipamerkan ketika sesi ramah mesra semalam

Dato’ Sri Hajah Nancy berharap agar perjumpaan dan sesi ramah mesra tersebut dapat memberi suntikan semangat baru kepada semua Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf yang hadir supaya mereka dapat terus menyumbang dalam sektor tersebut.

Melalui sumbangan mereka, sasaran hasil pendapatan sektor kebudayaan sebanyak RM1 bilion pada tahun 2025 boleh direalisasikan.

SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

ShareTweetPin
Previous Post

SENIMAN NEGARA RAHMAN B MENINGGAL DUNIA PADA USIA 87 TAHUN

Next Post

LAWATAN KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE PANGKALAN TLDM LUMUT PERKUKUHKAN JALINAN KERJASAMA PERTAHANAN

Next Post

LAWATAN KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND KE PANGKALAN TLDM LUMUT PERKUKUHKAN JALINAN KERJASAMA PERTAHANAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist