11 April 2022: Tiada syarat lengkap dos imunisasi COVID-19 dikenakan kepada kakitangan kerajaan dan pesara yang layak untuk menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, “Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.
“Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih lagi terpakai,” katanya.
Dato’ Sri Ismail menerusi kenyataan berkata, sebelum ini pengumuman olehnya tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.
“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak tercicir dariapda menerima bantuan ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, Dato’ Sri Ismail turut menyeru keapda seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama biarpun Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini tidak dikenakan syarat lengkap dos imunisasi COVID-19.