LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bersama Tentera Laut Jerman (TLJ) buat julung kalinya di perairan Selat Melaka semalam.
Tujuan PASSEX dijalankan adalah untuk memperkukuhkan interoperability kedua-dua pasukan melalui perkongsian idea serta kepakaran di lapangan.
Sebanyak 7 buah aset TLDM yang terlibat iaitu KD Sri Indera Sakti, KD Jebat, KD Lekir, KD Laksamana Hang Nadim, KD Gempita, KD Sundang serta helikopter Super Lynx manakala TLJ telah memperagakan 2 buah aset iaitu FGS Bayern dan helikopter Sea Lynx.
Fast Combat Boat TLDM turut terlibat dalam menjayakan Latihan tersebut.
Terdahulu, aset TLJ ini sedang melaksanakan misi penugasan pengawasan keselamatan maritim di sekitar perairan Indo-Pasifik bersama gabungan aset tentera laut dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Sebelum pulang ke negara asal pada Februari 2022, aset TLJ ini dirancang untuk meneruskan pelayaran ke Sri Lanka dan India bagi melaksanakan misi pengawasan selama tempoh hampir enam bulan.
TLDM turut menyatakan bahawa mereka akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut negara sahabat selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini.
SUMBER FOTO: TWITTER RASMI ROYAL MALAYSIAN NAVY (@tldm_rasmi)