SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

TRAFIK MENGHALA KE KUALA LUMPUR MULA MENINGKAT

TRAFIK MENGHALA KE KUALA LUMPUR MULA MENINGKAT

Asraf Zin by Asraf Zin
May 6, 2022
in Nasional
Reading Time: 1 min read
A A
0
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2022: ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menyarankan para pengguna untuk terus mengikuti Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad berkata, aliran trafik kembali ke Lembah Klang mula menunjukkan peningkatan sejak 3 Mei lalu.

“Kita dapat lihat, jumlah kenderaan yang mula keluar daripada Lebuhraya KLK dan LPT1 ke arah Kuala Lumpur mula meningkat.

“ANIH Berhad suka mengingatkan para pengguna untuk tetap mengikuti TTA yang telah dikeluarkan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka,” kata beliau.

Sementara itu, kepatuhan pengguna terhadap TTA yang dikeluarkan juga menampakkan peningkatan kepada hampir 74% berbanding 55% sejak mula diumumkan minggu lalu.

“Sejak 29 April hingga 5 Mei setakat jam 4 petang, jumlah kenderaan di KLK telah direkodkan sebanyak 1.15 juta, manakala di LPT1 pula mencatatkan sebanyak 570,398 kenderaan dalam tempoh yang sama.

“Sungguhpun begitu, keadaan di kawasan R&R dan Hentian Sebelah di kedua-dua lebuhraya ini terkawal. Kami yakin, disamping kesediaan petugas kami, kepatuhan kepada TTA oleh para pengguna sedikit sebanyak menyumbang kepada keselesaan semua dalam tempoh tersebut,” kata Puan Radzimah.

Pada masa sama, beliau menerusi kenyataan turut mengingatkan para pengguna supaya tetap menyentuh kad Touch N’Go mereka di plaza toll walaupun toll percuma akan diberikan pada 7 Mei bermula jam 12 tengah malam sehingga 8 Mei 11:59 malam.

ShareTweetPin
Previous Post

PROTECTHEALTH RANGKUL DUA ANUGERAH HEALTHCARE ASIA AWARDS 2022

Next Post

JAIS LARANG AKTIVITI KUTIPAN SUMBANGAN TANPA KEBENARAN DI MASJID

Next Post
JAIS LARANG AKTIVITI KUTIPAN SUMBANGAN TANPA KEBENARAN DI MASJID

JAIS LARANG AKTIVITI KUTIPAN SUMBANGAN TANPA KEBENARAN DI MASJID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist