12 Februari 2022: Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada 7 Februari 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membenarkan penerima Sinovac untuk dos primer mereka (dos pertama dan kedua) untuk mendapatkan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak mereka.
Berikutan itu, vaksin Sinovac untuk dos penggalak akan tersedia di semua PPV Offsite di bawah program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara percuma mulai Isnin (14 Feb).
Menurut ProtectHealth, mereka yang layak untuk dos penggalak dan ingin mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV Luar Tapak di laman web ProtectHealth: www.protecthealth.com.my.
Walaubagaimanapun, KKM masih mengesyorkan dos penggalak jenis Pfizer untuk penerima Sinovac kerana ia menawarkan tahap perlindungan yang lebih tinggi.
Sebarang persoalan berkaitan perkara di atas boleh dibuat dengan menghubungi di talian (03 8687 2525) atau e-mel vaksincovid@protecthealth.com.my.