KUALA LUMPUR: Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad disahkan meninggal dunia hari ini.
Walaubagaimanapun, punca kematian seorang pelakon, penulis dan pengarah teater terkenal itu masih lagi belum dapat disahkan.
Berita tentang kematian Allahyarham turut mendapat perhatian beberapa sahabatnya iaitu Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, RedzaMinhat, Maya Karin, Francissca Peter dan ramai lagi yang berkongsi ucapan takziah di media sosial.
Selain bergiat aktif dalam industri teater, Allahyarham juga aktif berlakon antaranya membintangi filem “Selubung”, “Mimpi Moon”, “Talentime” dan “1957: Hati Malaya”.