TEMERLOH: Program ‘Explore This is Temerloh Unlimited, Media and Bloggers Fam Trip’ menyaksikan program tersebut disambut dengan meriah oleh peserta pada hari pertama berlangsungnya program tersebut.
Program tersebut yang berlokasi di Kampungstay Desa Murni, Temerloh, Pahang diadakan selama empat (4) hari bermula 13 Februari 2022 hingga 16 Februari 2022 ini telah mendapat sambutan yang agak baik dengan disertai oleh seramai tiga belas (13) kumpulan media dan blogger.
Sementara itu, pada hari pertama berlangsungnya program tersebut, para peserta yang terdiri daripada rakan media dan blogger telah disajikan dengan hidangan selera kampung oleh restoran Saiful Patin Gulai Masam yang berada di Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bagau, Temerloh.
Rakan media dan blogger ketika menjamu selera hidangan kampung pada hari pertama program
Sekitar sesi bergambar di hadapan restoran Saiful Patin Gulai Masam setelah selesai menikmati hidangan
Antara menu yang dihidangkan oleh para peserta adalah seperti menu utama restoran tersebut iaitu Patin Gulai Masam, Talapia Goreng, Patin Tempoyak, Cendawan Kulat Masak Lemak, Jering Masak Tempoyak beserta dengan beberapa jenis ulam-ulaman.
Antara hidangan selera kampung yang dihidangkan untuk rakan media dan blogger di restoran Saiful Patin Gulai Masam
Terdahulu, program ‘Explore This is Temerloh Unlimited’ ini diadakan selaras dengan pelancaran ‘This is Pahang Malaysia Unlimited’ pada 17 Januari 2022 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tangku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billal Shah untuk meraikan penggiat-penggiat pelancongan dan kebudayaan negeri Pahang.
Antara aktiviti bersama rakan media dan blogger pada hari pertama program
#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni
#exploretemerloh2022 #temerlohbandarikanpatin #temerlohtitiktengahsemenanjung