SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

WALKABOUT DAN OPS PEMATUHAN SHMMP TBC DAN SHMKM PASTIKAN KESEJAHTERAAN PENGGUNA SELANGOR PADA MUSIM PERAYAAN

WALKABOUT DAN OPS PEMATUHAN SHMMP TBC DAN SHMKM PASTIKAN KESEJAHTERAAN PENGGUNA SELANGOR PADA MUSIM PERAYAAN

Asraf Zin by Asraf Zin
January 31, 2022
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
YB Mohd Zawawi yang ditemuramah oleh wartawan ketika menjalankan sesi pemantauan harga di sebuah pasaraya di Cheras, hari ini.

YB Mohd Zawawi yang ditemuramah oleh wartawan ketika menjalankan sesi pemantauan harga di sebuah pasaraya di Cheras, hari ini.

73
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS, 31 Januari 2022: Sempena penguatkuasaan SHMPP dan SHMKM 2022, KPDNHEP Selangor hari ini menjalankan sesi Walkabout dan OPS Pematuhan SHMMP TBC & SHMKM 2022 di Pasaraya NSK Trade City BMC Mall, Cheras.

Sesi Walkabout dan OPS Pematuhan SHMMP TBC & SHMKM 2022 yang dijalankan adalah bertujuan sebagai komitmen keberadaan (omnipresence) berterusan KPDNHEP Selangor terhadap pengguna dan peniaga di lapangan.

Sehubungan dengan itu, peniaga dan pengguna digalakkan untuk membuat semakan harga bagi barang-barang yang terlibat di bawah SHMMP TBC dan SHMKM 2022 di Facebook Rasmi iaitu @KPDNHEP Selangor ataupun menerusi laman web Kementerian iaitu www.kpdnhep.gov.my.

Tinjauan harga barangan keperluan dilakukan oleh YB Mohd Zawawi dan beberapa pegawai KPDNHEP Selangor

YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya berkata Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor akan sentiasa berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Pegawai pemantau Harga KPDNHEP Selangor juga akan terus digerakkan untuk membuat pungutan harga bagi merekodkan harga jualan runcit pengguna untuk dipaparkan di Aplikasi Price Catcher”, tambahnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

YB Mohd Zawawi dan beberapa pegawai KPDNHEP Selangor turut membuat tinjauan harga bagi barang basah ayam dan beberapa jenis sayuran

Pengguna Selangor juga disarankan untuk mempraktikkan amalan BIJAK ADU dengan mengemukakan butiran aduan lengkap dan spesifik berhubung salah laku peniaga di sekitar Selangor melalui saluran WhatsApp (019-279 4317), Portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-8000-886-800, Emel e-aduan@kpdhnep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP dan Bilik GerakanSelangor 03-5514 4393/ 5518 1810/ 5512 5485.

Terdahulu, sesi Walkabout dan OPS Pematuhan SHMMP TBC & SHMKM 2022 dijalankan dengan diketuai oleh Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Pengguna dan Industri Halal. Turut mengiringi beliau adalah Tuan Muhamad Zikril Azan bin Abdullah, Pengarah KPDNHEP Selangor dan Tuan Aminuddin Muhammad, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Selangor, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Kajang dan pegawai-pegawai kanan.

 

ShareTweetPin
Previous Post

KERJASAMA STRATEGIK RTM DAN KUMPULAN JAKEL, BAWA PEMBAHARUAN KETERAMPILAN PENYAMPAI BERITA PERDANA

Next Post

DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN KECIL MALAYSIA TERUS MEMARTABATKAN USAHAWAN BUMIPUTERA MELALUI HARI USAHAWAN NEGARA 2022

Next Post
DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN KECIL MALAYSIA TERUS MEMARTABATKAN USAHAWAN BUMIPUTERA MELALUI HARI USAHAWAN NEGARA 2022

DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN KECIL MALAYSIA TERUS MEMARTABATKAN USAHAWAN BUMIPUTERA MELALUI HARI USAHAWAN NEGARA 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist