SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

DISKAUN BIL ELEKTRIK DILANJUTKAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

DISKAUN BIL ELEKTRIK DILANJUTKAN UNTUK RAKYAT SARAWAK

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
January 28, 2022
in Politik
Reading Time: 2 mins read
A A
0
49
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Diskaun bil elektrik kepada penduduk Sarawak akan tetap diteruskan dengan pemberian diskaun antara 5 dan 25 peratus bagi pengguna domestik , komersil dan industri yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini , menerusi pakej kelapan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) .

Tan Sri Abang Johari Tun Openg , Ketua Menteri , berkata , peruntukan sebanyak RM285.47 telah disediakan di bawah BKSS 8.0 ini dengan perancangan sebanyak 7 langkah untuk membantu rakyat di Sarawak sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Keempat sekarang .

Diskaun bil elektrik ini merupakan antara salah satu daripada tujuh langkah tersebut dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat di Sarawak , terutama kepada golongan yang terjejas semenjak wabak COVID-19 ini berada di Malaysia .

“Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah , pengguna komersil dan industri di seluruh Sarawak . Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.8 juta , akan dibiayai oleh kerajaan Sarawak .

“Diskaun antara 10 dan 25 peratus turut diberikan untuk bil air bulanan bagi tempoh antara Januari dan Jun tahun ini menerusi subsidi berjumlah RM24 juta , sementara diskaun sewa 50 peratus diteruskan untuk manfaat lebih 3,200 penyewa Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak bagi tempoh yang sama .

“Langkah BKSS 8.0 ini turut membabitkan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana yang beroperasi di premis perniagaan milik badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri untuk tempoh itu ,” katanya dalam satu sidang media ketika mengumumkan pakej bantuan kerajaan ini .

Tambahnya lagi , pemberian diskaun 50 peratus kepada peniaga kecil yang menyewa ruang pasar dan gerai kelolaan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diteruskan , membabitkan 10,165 peniaga kecil yang berkenaan .

Bukan itu sahaja , peruntukan sebanyak RM1,000 seorang sebagai geran khas sekali akan akan diberikan kepada seramai 87,500 peniaga kecil yang berdaftar dengan PBT dan akan disalurkan melalui platform transaksi kewangan atas talian kerajaan negeri ; Sarawak Pay .

“Seramai 1,725 pengusaha perahu penambang , pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah akan turut diberikan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 untuk membantu mereka meneruskan perkhidmatan ,” jelasnya lagi .

ShareTweetPin
Previous Post

KADAR HAD LAJU DITURUNKAN SEPANJANG OPS BERSEPADU SEMPENA TAHUN BARU CINA

Next Post

FADHLI SHAARI KETUA PEMUDA PN BAHARU

Next Post
FADHLI SHAARI KETUA PEMUDA PN BAHARU

FADHLI SHAARI KETUA PEMUDA PN BAHARU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist