SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

ZURAIDA UMUM LETAK JAWATAN KABINET, SERTAI PBM

ZURAIDA UMUM LETAK JAWATAN KABINET, SERTAI PBM

Asraf Zin by Asraf Zin
May 26, 2022
in Nasional, Politik
Reading Time: 1 min read
A A
0
64
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

26 Mei 2022: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut dibuat setelah membuat pertimbangan yang mendalam terhadap parti baharu yang akan disertainya itu.

“Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, saya telah memutuskan untuk menyertai PBM. Saya mempercayai dengan perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai Menteri Kabinet.

“Sepanjang saya berkhidmat di kedua-dua kementerian, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif kepada rakyat dan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau yang juga menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia turut menjelaskan yang beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai menteri.

“Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan perletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan tetap menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan pendirian PBM.

Beliau dalam kenyataan sama turut berkata akan melakukan perbincangan dengan Perdana Menteri tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.

ShareTweetPin
Previous Post

ASIA’S KIDS STAR KUKUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA MELALUI PENCARIAN BAKAT-BAKAT MUDA

Next Post

KPT SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN TERKINI KEMATIAN PELAJAR UUM

Next Post

KPT SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN TERKINI KEMATIAN PELAJAR UUM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist