

Asmida yang memegang watak utama di dalam Pementasan Teater Muzikal Paduka Cik Siti menyatakan ibunya sendiri menjadi roll model dia, bagi menghayati watak Cik Siti wan termasuk juga isteri PMX kita iaitu Yang Berhormat Datin seri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail. Termasuk juga Tan Sri Rafidah Aziz yang mana meraka ini semua seorang wanita yang tegas dan tabah.Disamping itu juga hasil perbincangan bersama penulis skrip serta Pengarah iaitu Cek Kem.


Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan Kerjasama Persatuan Alumni ASWARA kini kembali dengan sebuah naskah muzikal baharu bertajuk Teater Muzikal Paduka Cik Siti yang bakal dipentaskan pada 19hb – 21hb Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin , Putrajaya. Teater muzikal ini merupakan sebuah karya megah yang mengangkat ketokohan dan keberanian seorang Raja wanita Melayu dalam menghadapi tekanan sosial, politik dan cinta pada zamannya. Dipersembahkan dengan gabungan lakonan, muzik, tarian, serta estetika visual yang memukau serta naratif yang menyentuh jiwa. Dengan barisan pelakon handal dan berpengalaman , rekaan pentas berskala besar serta sentuhan pengarahan yang bertenaga, produksi yang terlibat adalah gabungan serta kolaborasi yang menyatukan alumni, pensyarah dan pelajar ASWARA.


Muzikal Paduka Cik Siti mengisahkan Cik Siti Wan Kembang yang merupakan satu satunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga, baginda terpaksa mengantikan pemerintahan ayahanda saudaranya Almarhum Raja Husein yang mangkat dan demi menyempurnakan pesanan Almarhum ayahandanya Raja Ahmad. Menolak segala pinangan raja-raja yang ingin menyuntingnya tetapi baginda nekad menyahut amanah sebagai paduka raja demi negeri yang tercinta. Tugas sebagai Raja Wanita tidaklah semudah yang disangka, cabaran dipersoalkan kewibawan oleh pembesar sendiri, diancam oleh Siam dan hati yang diragut kesepian kerana cinta yang didiamkan. Demi negeri, segala halangan dan dugaan ditangani dengan bijaksana. Paduka Cik Siti bukan hanya tentang perjuangan wanita memimpin negeri tetapi pengorbanan menundukkan kehendak hati dan perasaan


Teater Muzikal ini merupakan idea asal dan arahan Che Kem, tulisan oleh Roziah Adama dan Khairunazwan Rodzy , lirik oleh Dr. Hairul Anuar Harun diterajui oleh para pelakon seperti Asmidar, Taqim Zaki, Dr. Norzizi Zulkifli, Shahrul Mizad, Nesa Idrus, Serra Kamal , Zizi Hazirah dan ramai lagi. muzikal ini menjanjikan persembahan
berskala besar dan berimpak tinggi.


Yang turut hadir semasa acara sidang media adalah
-Yang Berusaha Prof. Dr. Tan Awang Besar
Rektor
-Yang Berusaha Encik Mohd Amran bin Mohd Haris
Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
-Yang Berusaha Professor Madya Technologist Dr. Zulkifli Ab Rashid
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik
-Yang Berusaha Encik Jeffri Haron
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
-Yang Berusaha Encik Kamarul Fahim bin Abu Hassan
Pendaftar
-Yang Berusaha Encik Mohd Kamarulzaman Taib
Dekan PUTRA yang juga Pengarah Teater Muzikal Paduka Cik Siti
-Yang Berusaha Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alaudin
Presiden Persatuan Alumni ASWARA
-Wakil-Wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC
-Dekan-Dekan Fakulti dan Pusat Pengajian ASWARA
-Para pelakon dan seluruh tenaga produksi Teater Muzikal Paduka Cik Siti
-Rakan-Rakan Media, alumni ASWARA serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Tiket sedang diual di https://www.cloudjoi.com/shows/4822-teater-muzikal-padukacik-siti pada harga RM 40.00 sehingga RM 150.00 Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan teater muzikal ini, boleh ikuti rapat
laman sosial berikut untuk kemas kini terkini:


Instagram : @aswara.official/@Persatuan_alumni_aswara
TikTok : aswara.official, persatuanalumniaswara
Facebook : https://www.facebook.com/@aswara.edu



