SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MALAM GALA Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke-11 (TARI’25 ASWARA)

MALAM GALA Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke-11 (TARI’25 ASWARA)

SWA TV by SWA TV
November 24, 2025
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
49
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bakal menutup tirai Festival Tari Rakyat Antarabangsa ke-11 (TARI’25 ASWARA) dengan penganjuran Malam Gala TARI’25, yang dinanti-nantikan serta akan berlangsung pada Ahad, 23 November di Zepp Kuala Lumpur.
Malam Gala merupakan kemuncak kepada festival selama seminggu yang menghimpunkan komuniti tari ASEAN dan antarabangsa dalam sebuah persembahan hebat yang meraikan warisan, pergerakan dan kreativiti, sekali gus
memperkukuh jalinan budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, TARI terus menjadi platform utama pertukaran seni, memperkukuh peranan ASWARA sebagai institusi terunggul dalam seni tari dan seni tradisional negara.
Selepas sekian lama tidak membuat kemuncual, Edisi TARI’25 menerima sambutan hangat daripada peminat seni tari, sarjana serta penggiat budaya yang melihat kebangkitan festival ini sebagai ruang baharu untuk kolaborasi kreatif dan diplomasi budaya di peringkat serantau dan antarabangsa.

Malam Gala Tahun 2025 menampilkan persembahan memukau oleh kumpulan tari antarabangsa dan tempatan, melibatkan lebih 600 peserta dari Malaysia,Indonesia, Thailand, China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Sri Lanka.
Penonton bakal disajikan koreografi penuh warna, kostum tradisi, serta interpretasi dinamik tarian rakyat pelbagai negara.


Salah satu tumpuan utama malam tersebut ialah persembahan istimewa “Samrah Mentari” oleh penyanyi legenda negara Datuk Jamal Abdillah, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan Artistana Istana Budaya – sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, vokal dan estetika tari Melayu secara
penuh bergaya. Malam Gala turut akan diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Shaharuddin Abu Sohot.Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan Kementerian terhadap pemeliharaan budaya, inovasi seni, serta usaha Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai destinasi budaya utama di ASEAN.
For more information about TARI’25 ASWARA, follow and get more details and information by following our social media updates as stated below;
Facebook : ASWARA, Fakulti Tari
Website : ASWARA Edu
Instagram & X : @aswaraofficial, @tari_aswara
TikTok : @fakultitariaswara

Mengenai ASWARA dan Fakulti Tari

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ialah institusi
pengajian tinggi awam utama di Malaysia yang berperanan melahirkan tenaga pakar
dalam bidang seni persembahan, seni visual dan warisan budaya. Ditubuhkan di
bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), ASWARA menjadi
pemangkin kepada pembangunan industri kreatif negara melalui pendidikan,
penyelidikan dan penghasilan karya seni yang mencerminkan kepelbagaian budaya
Malaysia.


Fakulti Tari ASWARA pula memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi
baharu penari, koreografer dan duta budaya Malaysia. Dikenali dengan gabungan
asas kukuh dalam tarian tradisional dan kontemporari, fakulti ini sentiasa
memperkasa mutu pendidikan seni tari di Malaysia serta rantau ini. Komitmen fakulti
terhadap kolaborasi rentas budaya dan inovasi artistik terus meletakkan ASWARA di
barisan hadapan seni persembahan Asia Tenggara.

Namun begitu diharapkan pihak Aswara harus lebih peka bagi menghargai kepada pihak media yang hadir membuat liputan terutama menyebut senarai media yang hadir bagi mengucapkan terima kasih kehadiran mereka, nama media yang sering  membuat liputan  untuk acara Aswara  langsung tak disebut  sebagai menghargai kehadiran kami menyokong seni dan budaya tanah air .Seolah mereka ini hanya tulis sahaja nama media yang ternama tapi nama -nama media yang disebut tak nampak bantang hidung pun.

ShareTweetPin
Previous Post

Felda lebih efisien, berdaya saing uruskan 317 rancangannya dengan AI dan pendigitalan

Next Post

ASMIDAR JADIKAN IBU SEBAGAI RUJUKAN BAGI MEMBAWA WATAK CIK SITI WAN

Next Post
ASMIDAR  JADIKAN IBU SEBAGAI RUJUKAN BAGI MEMBAWA WATAK  CIK SITI WAN

ASMIDAR JADIKAN IBU SEBAGAI RUJUKAN BAGI MEMBAWA WATAK CIK SITI WAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist