SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AWESOME TV BUKA TIRAI 2023 DENGAN ‘KAMPUNG SENARIUH’

AWESOME TV BUKA TIRAI 2023 DENGAN ‘KAMPUNG SENARIUH’

SWA TV by SWA TV
December 24, 2022
in Hiburan, Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
114
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

22 Disember 2022, Kuala Lumpur – Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi hiburan utama pilihan rakyat Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV bakal membuka tirai 2023 dengan mengembalikan nostalgia peminat terhadap kumpulan Senario yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi program sketsa terbaharu ‘Kampung Senariuh’ yang akan menghiasi slot ‘Sitcom’
pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2023.

Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan liputan yang diberikan selama ini, pihak Awesome TV buat julung kalinya juga turut berbesar hati meraikan para pengamal media dalam sebuah ‘Majlis Malam Apresiasi Media Bersama Awesome TV’ yang dianjurkan serentak bersama majlis pelancaran program ‘Kampung Senariuh’ pada malam ini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai majlis double celebration dan hala tuju Awesome TV bagi tahun 2023, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata, “Pihak media memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu membuat hebahan dan liputan berita khususnya berkaitan
dengan program-program terbitan Awesome TV dari mula kami beroperasi sehingga hari ini.
Oleh itu, kami dengan berbesar hati menganjurkan ’Majlis Apresiasi Media’ pada malam ini bagi menghargai segala komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para pengamal media kepada kami. Tanpa jasa dan usaha keras semua pihak yang terlibat khususnya pengamal media sebagai penghubung berita dalam menyampaikan maklumat

2

yang tepat dan tidak berat sebelah mengenai Awesome TV kepada seluruh rakyat Malaysia, kami tidak akan berada di tahap ini sekarang.
Kami juga amat berbesar hati di atas pengiktirafan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di ‘Majlis MCMC Star Rating Awards 2021’ pada malam tadi yang mana Awesome TV berjaya merangkul anugerah cemerlang dalam kategori ‘Best Consumer Satisfaction For FTA Television’. Program ‘Kampung Senariuh’ 15 episod arahan sutradara terkenal Bob Ismail Hasim diterajui oleh empat ahli kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin dan turut
dibintangi oleh Mamak selaku pelakon pembantu. Selain itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan yang terdiri daripada Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil serta turut menampilkan barisan bintang ‘Awesome Raja Lawak’ seperti Kumpulan Soda, Kumpulan Manja, Azhar, Amin, Oky dan Afea sebagai penampilan khas. Program sitkom ‘Kampung Senariuh’ berkisarkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Watak Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. Watak Wahid Deghian pula merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. Manakala watak Apek pula merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. Watak Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor.

Antara media yg memeriahkan majlis

ShareTweetPin
Previous Post

Next Post

YAYSAN PRIHATIN PEKA TERHADAP GOLONGAN OKU

Next Post
YAYSAN PRIHATIN PEKA TERHADAP GOLONGAN OKU

YAYSAN PRIHATIN PEKA TERHADAP GOLONGAN OKU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist