YBhg Dato ‘Haji Mohd Aizuddin Ghazali bersama dengan dengan media
AMPANG: bagi supaya kita tidak menampakan kita tidak ketepikan golongan OKu ini Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) mencadangkan Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat menyediakan platform hiburan seperti panggung wayang khas untuk golongan kurang kelainan upaya (OKU).Soalan itu apa bila ditanya dari pihak swatv media.Tidakkan ada perancangan untuk mengujudakn satu channel yang boleh di tonton oleh golongan Oku itu lah jawapannya .
Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata, selaku ketua Pegawai eksekutif Yayasan Prihatin Nasional kerajaan perlu fikirkan platform hiburan untuk OKU agar mereka boleh merasai kehidupan sama seperti golongan normal, supaya meraka tidak rasa terasing dari masyarakat.
“Ada OKU yang masih boleh menonton dan menikmati hiburan sama seperti kita, dengan cara ini mereka juga boleh bergaul, terdedah dengan masyarakat dan ia baik untuk kesihatan mereka.
“Kita harus memberi peluang untuk mereka menunjukan bakat mereka dan Malah wajar juga benarkan mereka berhadapan dengan kamera, mungkin boleh sertai program realiti memasak, kraftangan dan sebagainya biar dunia menyaksikan kemahiran mereka.
“Saya yakin platform ini perlu dilihat di kementerian, OKU bukan sekadar insan istimewa tetapi ada bakat yang sekarang ini tidak diberi peluang,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia dan Ulang Tahun Pertama Restoran Roti By D’Tandoor di Off Jalan Ampang, di sini.
Majlis itu dianjurkan oleh Kumpulan Rangkaian Antarabangsa D’Tandoor bersama kanak-kanak Sindrom Down dan anak-anak yatim di Restoran ROTI by D’Tandoor.
Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed hadir merasmikan majlis tersebut.
Turut hadir, Pengasas D’Tandoor, Datuk Abdul Malik Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi GISB Holdings, Datuk Lokman Hakim Pfordten.
Majlis ini adalah satu inisiatif Kumpulan Rangkaian Antarabangsa D’Tandoor yang berganding bahu dengan Yayasan Prihatin agi meraikan sambutan Hari OKU Sedunia dengan golongan yang kurang berupaya sebagai tanda kesyukuran dan juga berkongsi kebahagiaan dengan mereka.
Objektif utama majlis tersebut adalah untuk melahirkan masyarakat prihatin dan cakna dengan masyarakat sekeliling serta membuang sifat mementingkan diri dalam kalangan masyarakat.
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
TQ AIZAT NEWS UTK PICT